Header Ads

Header ADS

3 Pasukan Khas PDRM Dibubarkan


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membubarkan beberapa pasukan siasatan khas sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula entiti itu dalam waktu terdekat.


Tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan pembubaran itu diharap

dapat menjadikan PDRM dipandang tinggi oleh masyarakat.

"Kita harap selepas keputusan (penstrukturan) itu dibuat masyarakat akan rasa PDRM adalah organisasi yang berhemah dan berintergriti.

Penstrukturan semula PDRM itu akan dibuat selepas mengambil kira pandangan pucuk pimpinan PDRM dan akan diumumkan dalam masa dua minggu.

Tambah Muhyiddin, penstrukturan semula agensi keselamatan itu akan turun melibatkan penjawatan anggota dan pegawainya.



Beliau sebelum itu hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ketua Polis Negara di Dataran Kompleks 3 Cawangan Khas di Bukit Aman pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata antara pasukan khas yang berkemungkinan dibubarkan adalah Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gangsterisme (STAGG) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

"Pasukan khas ini tidak akan digantikan dengan pasukan lain tetapi kita akan buat penstrukturan semula," katanya.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.