Header Ads

Header ADS

3 Cedera Selepas Terlibat Kemalangan Di Jalan Sultan Tengah, Kampung Rampangi


KUCHING - Tiga individu mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Tengah berhadapan Kampung Rampangi di sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya telah mendapat maklumat kecemasan sekitar jam 1.58 petang dan sebuah jentera FRT dan ambulans EMRS segera digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.

"Tiba di lokasi, pasukan Bomba melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang bertembung dengan kereta jenis Perodua Axia.

“Kedua-dua mangsa lelaki dan perempuan yang berada di dalam Perodua Axia telah dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan media.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa telah diberikan rawatan awal oleh unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak oleh pasukan paramedik.

“Manakala, seorang lagi mangsa yang juga lelaki pemandu kereta Proton Wira pula mengalami kecederaan pada bahagian muka, hidung dan bengkak di bahagian tangan, sebelum mendapat rawatan awal daripada unit EMRS.

Mangsa turut dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans EMRS.

“Pihak bomba kemudian bertindak melakukan pembersihan tumpahan minyak kesan kemalangan jalan raya sebelum kembali ke balai,” tambahnya. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.