Header Ads

Header ADS

Seramai 4.1 Juta Penerima Akan Menerima BSH Pada 6 Jun Ini


PUTRAJAYA - Sejumlah 4.1 juta penerima akan menerima bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) peringkat kedua yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 6 Jun ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.
"Kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.
"Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran," katanya pada sidang media di sini hari ini
Berdasarkan jadual pembayaran BR1M dikeluarkan kerajaan terdahulu, fasa kedua pembayaran dijadualkan pada 6 Jun ini membabitkan agihan RM400 untuk kategori isi rumah dan senarai e-Kasih dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, termasuk warga emas.
Kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 pula bakal menerima bayaran RM300.
Fasa ketiga pembayaran BR1M kepada kedua-dua kategori terbabit, yang membabitkan agihan kadar sama adalah pada Ogos ini. -Berita Harian

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.