Header Ads

Header ADS

KPJ Kuching Lancar Video 'Selamat Pulang Ke Kampung Halaman' Sempena Perayaan Gawai 2018


KUCHING - KPJ Kuching Specialist Hospital buat pertama kalinya melancarkan sebuah video perayaan Gawai 2018 dengan tema 'Selamat Pulang Ke Kampung Halaman' di sini, baru-baru ini.

Menurut jurucakap KPJ Kuching, video ini merupakan inisiatif pihaknya kepada setiap pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman ini bersempena perayaan Gawai 2018.

"KSH sangat mengutamakan keselamatan setiap masyarakat yang pulang ke kampung halaman sempena sambutan perayaan Gawai tahun ini.

"Pengguna diingatkan sentiasa memakai tali pinggang keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya semasa berada di jalan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.


Sementara itu, orang ramai diminta untuk memberikan sokongan dan kerjasama kepada Kempen 'Buckle Up, Baby!' yang telah dilancarkan pada 28 April lepas dan akan berakhir 31 Mei ini.

"Pada kempen itu, setiap kelahiran anak akan mendapat satu kerusi bayi secara percuma," katanya.

Kesempatan ini, pihak KPJ mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai 2018.

1 comment:

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.