Header Ads

Header ADS

Kampung Separat Sematan Kawasan Baharu Wabak Rabies


KUCHING - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengisytiharkan Kampung Selarat, Sematan di Lundu sebagai satu lagi kawasan baharu wabak rabies.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, kampung itu berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang diisytihar terjejas wabak rabies. 

"Maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-31 wabak rabies," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Kawasan lain yang terjejas adalah Kuching (4), Samarahan (3), Serian (21), Sri Aman (1), dan Sarikei (1).

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.