Israel Mengebom Sasaran Ketenteraan Di Gaza
GAZA CITY - Israel mengebom berpuluh sasaran ketenteraan di Gaza semalam sebagai tindak balas kepada serangan mortar dan roket dari semenanjung yang ditadbir pergerakan Hamas dan sekutunya, Islamic Jihad dalam konfrontasi terburuk sejak perang 2014.
Jurucakap Islamic Jihad mendakwa, satu perjanjian gencatan senjata telah dicapai bagi mengembalikan keamanan walaupun tentera Israel enggan mengulas dakwaan itu.
Letupan dapat didengar sehingga malam tadi dengan Israel dilapor membunyikan siren di beberapa kawasan di sempadan.
Sebanyak tiga tentera Israel dilaporkan cedera akibat serangan itu dengan tiada maklumat tentang kehilangan jiwa di pihak Palestin. - AFP
No comments