49 Buah Negara Seluruh Dunia Ambil Bahagian Program World #QuranHour
KUALA LUMPUR - Sebanyak 49 buah negara seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam program World #QuranHour yang akan diadakan pada 7 Jun hadapan.
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin berkata, setakat hari ini sahaja penyertaan yang diterima amat menggalakkan dan menyasarkan lebih 50 negara akan menyertai World #QuranHour.
“World #QuranHour pada tahun ini merupakan kempen membentuk sebuah landasan solidariti Ummah seluruh dunia di bawah naungan Al-Quran.
“Ia juga diharap menjadi komitmen bersama seluruh dunia untuk melakukan transformasi diri ke arah lebih baik sekali gus mewujudkan persekitaran ummah yang penuh kasih sayang,” katanya dalam sidang akhbar World #QuranHour, di sini hari ini.
Program tahun ketiga itu dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 7 jun hadapan. - UTUSAN ONLINE
No comments