Header Ads

Header ADS

Penyebaran Infografik Insentif RM2,000 Untuk Penjawat Awam Sarawak Adalah Palsu


KUCHING, 6 November - Satu infografik palsu berkenaan dengan pemberian 'Insentif RM2,000 Untuk Penjawat Awam Sarawak' kini sedang tular di media sosial.

Infografik ini dipercayai ditular di media sosial bagi memberikan harapan dan gambaran bahawa insentif itu akan dilaksanakan pada Disember ini sedangkan tiada sebarang kenyataan berkenaan pemberian insentif kepada penjawat awam seperti di dalam pembentangan Bajet 2019 Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di  sini, semalam.

Berdasarkan infografik ini logo 1Malaysia yang diletakkan di bahagian atas kanan menjelaskan bahawa maklumat di dalam infografik ini palsu.

Dalam semakan, didapati infografik itu sebenarnya berlaku pada tahun lepas (2017) di mana penjawat awam Sarawak menerima insentif khas sebulan gaji atau minimum RM2,000 yang dibayar Disember 2017. 

Untuk lebih detail boleh layari https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/11/351927/insentif-sebulan-gaji-atau-minimum-rm2000

Ketika ini Kerajaan Negeri Sarawak tidak lagi bersama Barisan Nasional (BN) sebaliknya berdiri di atas kekuatan Gabungan Parti Sarawak (GPS). 


Justeru, rakyat Sarawak khususnya penjawat awam diminta jangan mudah terpengaruh dengan taktik dan dakyah pihak pembangkang yang mahu menimbulkan kekeliruan dan menidakkan keprihatinan Bajet 2019 Sarawak yang banyak membantu rakyat.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.