Header Ads

Header ADS

Jalan Miri-Marudi Kini Siap 87 Peratus


KUCHING, 31 Oktober - Sehingga 25 Oktober, kerja-kerja naik taraf jalan raya sepanjang 43.2 kilometer yang menghubungkan Miri dengan Marudi telah hampir siap 87 peratus iaitu 5 peratus lebih awal siap daripada jadual asal.

Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Kumpulan CMSB Goh Chii Bing, berkata kerja-kerja menaik taraf Jalan Miri-Marudi Q2 2019 adalah mengikut jadual dan dijangka siap menjelang suku kedua 2019.

"Kami sangat sedar mengenai kepentingan jalan ini yang menghubungkan komuniti dari Miri dan Marudi dan kini kerja-kerja naik taraf hampir selesai. Kami juga akan memastikan kerja-kerja naik taraf akan dapat diselesaikan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

"Walaupun ketika ini sudah bermulanya musim hujan, pasukan kami bertekad untuk meneruskan kerja-kerja naik taraf ini sehingga selesai.

"Keselamatan pengguna jalan raya adalah perkara yang menjadi keutamaan kepada kami. Untuk itu, saya menggesa orang awam mematuhi papan tanda keselamatan yang dipasang di jalan raya khususnya berkenaan had laju," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat Cahya Mata Sarawak (CMS) di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ini kerja-kerja akhir lebih tertumpu kepada menurap permukaan jalan raya yang kini telah 60 peratus siap.

Manakala, proses naik taraf jalan raya telah pun selesai dengan kerja-kerja asas jalan raya, penstabilan simen dan pemasangan pembentung telah siap sepenuhnya. 

Sebarang pertanyaan boleh menguhubungi Jason Lee dari Reputasi & Komunikasi Korporat CMS di talian 082-238888.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.