Header Ads

Header ADS

Dasar Liputan Media Dan Dasar Kerajaan Negeri Sarawak Adalah Dua Perkara Berbeza - Nancy


KUCHING - Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri berkata dasar liputan media dan dasar Kerajaan Negeri Sarawak tidak boleh dicampur aduk kerana ia dua perkara berbeza.

"Seperti yang telah saya katakan di Dewan (Rakyat), jangan mencampuradukkan dasar liputan media dan dasar Negeri Sarawak. Ini adalah dua perkara yang berbeza," jelasnya.

Nancy berkata demikian dalam statusnya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya merujuk insiden di Dewan Rakyat semalam apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mempersoalkan dasar kerajaan negeri semasa sesi soal jawap.

" Menteri (Gobind) masih ingin mempolitikan apa-apa isu sahaja di parlimen. Menteri terlalu beremosi seolah-olah masih berada dalam parti pembangkang. Sudahlah berpolitik dan berilah tumpuan menunaikan janji," ujarnya.

Menjelas lanjut Nancy berkata apabila YB Cheras (Tan Kok Wai) mengemukakan soalannya yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan mengkaji cadangan menghadkan pemilikan saham pemimpin politik atau parti politik terhadap sesuatu syarikat media, Menteri (Gobind) dengan terus terang berkata perkara itu akan dikaji.

"Tetapi apabila saya bertanya kepada Menteri (Gobind) mengenai dasar liputan media yang diberikan di Sarawak, daripada menjawab soalan saya, Menteri pula berdialog dengan saya mengenai dasar Sarawak yang tidak membenarkan Pakatan Harapan (PH) menggunakan Dewan Komuniti.

"Perkara tersebut adalah sangat jauh dari soalan asal saya," katanya.


Nancy menambah, Gobind kemudian berkata kebebasan tersebut perlu dilihat daripada beberapa sudut.

"Daripada sudut manakah Menteri menjawab soalan saya apabila perkara yang disebut tersasar jauh dari soalan asalnya?" soalnya. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.