Header Ads

Header ADS

Transgender Boleh Guna Tandas OKU - Fuziah Salleh


KUALA LUMPUR - Masyarakat transgender disaran menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU) sebagai pilihan ketika berada di tempat awam sementara kerajaan berusaha mengatasi isu berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh, berkata saranan itu dilihat sebagai langkah bersesuaian ketika ini selepas mengambil kira keresahan dan pendapat masyarakat.
“Kerajaan berusaha menyelami dan memahami isu berkaitan transgender, termasuk fungsi institusi agama dalam menangani masalah ini, seterusnya memastikan mereka kembali kepada fitrah.
“Katakanlah secara psikologinya mereka wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki. Semestinya mereka berasa tidak selamat dan tidak selesa ke tandas lelaki tetapi apabila mereka ke tandas perempuan, golongan wanita pula berasa kurang selesa.
“Saya cuba memahami mereka, maka bagi saya itu (penggunaan tandas OKU) adalah penyelesaian terbaik buat masa ini,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Fuziah berkata, cadangan itu bukan bermaksud kerajaan mengiktiraf golongan transgender, sebaliknya lebih kepada usaha membantu mereka kembali kepada fitrah.
Langkah itu, katanya, secara tidak langsung dapat menghalang mereka daripada terus tergolong dalam arus kehidupan songsang.
“Kita cuma ingin membawa mereka kembali kepada fitrah tetapi proses itu mengambil masa,” katanya. -BH Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.