Header Ads

Header ADS

Perubahan Landskap Politik Tidak Halang Kerajaan Negeri Sarawak Bawa Pembangunan Di Kawasan Luar Bandar


LAWAS - Perubahan landskap politik di negara ini tidak menghalang Kerajaan Sarawak terus membawa pembangunan khususnya keperluan masyarakat luar bandar di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, keperluan rakyat akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan semasa.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak akan akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam memastikan dasar pembangunan dijalankan demi kepentingan negara dan masyarakat.

“Sarawak bukan salah satu gabungan yang membentuk kerajaan persekutuan, sebaliknya akan bekerjasama dan terus memperjuangkan hak-hak Sarawak.

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah gabungan parti tempatan yang lebih memahami keperluan rakyat Sarawak berbanding parti daripada Semenanjung,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Jalan Punang di Kampung Belipat dekat sini, semalam.

Turut hadir isterinya Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim dan Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak Datuk Awang Bujang Awang Antek.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak berkata, GPS lahir bersama rakyat negeri ini sendiri dan kepentingan negeri harus dipelihara khususnya rakyat Sarawak yang berbilang kaum.

Beliau juga mahu keharmonian rakyat dijaga seperti sebuah keluarga walaupun hidup dalam kepelbagaiaan kaum dan budaya, selain menggesa golongan muda merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan sekali gus menepis masalah sosial. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.