Header Ads

Header ADS

Pelbagai Acara Menarik Diadakan Sempena Hari Kemerdekaan Sarawak 2018 Julai Ini


KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak akan mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak 2018 yang akan diadakan pada 22 Julai, Ahad bertempat di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching.

Pelbagai acara telah dirancang dan diadakan bermula dengan '722 Sarawak Unity Futsal Tournament' yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Julai ini di Padang Merdeka, Kuching.

Pada 20 Julai pula, turut diadakan 'Majlis Kesyukuran Semua Agama' yang diadakan di pusat keagamaan masing-masing di seluruh Sarawak.

Selepas itu, pada 21 Julai, Sabtu akan dilangsungkan '722 Sarawak Independence Day Unity Run' di Tebingan Kuching.


Kemuncaknya Perhimpunan Hari Kemerdekaan pada 22 Julai di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya Kuching.

Acara diteruskan dengan '722 Sarawak Independence Day Unity Ride' juga diadakan pada 22 Julai dan pada sebelah malamnya akan dilangsungkan 'Konsert Unity 722 #IbuPertiwiku' di tempat yang sama di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya Kuching.

Begitu juga akan diadakan Pameran Ibu Pertiwiku di Plaza Merdeka Mall, Kuching bermula 22 Julai sehingga 29 Julai.

Kepada rakyat Sarawak, marilah kita sama-sama menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak 2018 dengan aman dan jayanya dengan mengambil bahagian di dalam setiap acara yang akan diadakan nanti.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.