Kekalahan Sepanyol Buka Ruang Negara Tidak Pernah Ke Pentas Final Piala Dunia
MOSCOW - Kekalahan dramatik Sepanyol kepada Russia menerusi penentuan penalti pada pertembungan 16 terakhir Piala Dunia, hari ini memastikan salah satu tempat ke final akan diisi pasukan yang tidak pernah berada di pentas berkenaan sekurang-kurangnya untuk setengah dekad.
Bekas finalis England, yang bermain pada satu-satunya aksi final ketika mereka memenangi Piala Dunia pada 1966 dan Sweden yang tewas kepada Brazil di gelanggang sendiri pada aksi final 1958 antara yang berpeluang selepas juara 2010, Sepanyol tumbang di tangan tuan rumah.
Ramalan mengatakan England akan memenangi Piala Dunia buat kali kedua pantas meningkat selepas kemenangan Russia, menjadikan mereka ketika ini pasukan pilihan juara ketiga di belakang Perancis dan Brazil.
Turut berpeluang adalah Croatia yang menewaskan Denmark dengan pencapaian terbaik mereka hanyalah di peringkat separuh dan suku akhir sebelum ini.
Lawan mereka di peringkat seterusnya adalah Russia yang berharap terus menuai kelebihan selaku tuan rumah dengan penampilan terbaik mereka adalah separuh akhir ketika era-Soviet pada 1966.
Switzerland yang tidak pernah melangkah lebih jauh daripada kedudukan lapan terbaik ketika mereka mencapainya selaku tuan rumah pada 1954 akan bertemu Sweden di St Petersburg, Selasa ini.
Pemenang perlawanan itu akan bertemu sama ada England atau Colombia yang meraih penamat terbaik mereka di Piala Dunia Brazil apabila mara ke peringkat lapan terbaik, empat tahun lalu.
Kali terakhir menyaksikan kelompok elit 12 negara yang pernah beraksi di pentas final Piala Dunia beraksi adalah di Perancis yang menyaksikan tuan rumah menang buat kali pertama di Paris pada 1998.
Perancis menewaskan Argentina untuk melangkah ke suku akhir, Sabtu lalu berada dalam satu lagi kelompok bersama bekas juara, Brazil dan Uruguay dengan ketiga-tiga negara sudah mengharungi 11 aksi final di antara mereka. - Reuters
No comments