Header Ads

Header ADS

England Mampu Julang Piala Dunia Tahun Ini


SAMARA - Peminat England di Russia berkata mereka sudah berani memimpikan kejayaan selepas skuad Three Lions membenam Sweden 2-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 28 tahun.
Peminat England di Arena Samara, semalam melaungkan "Ia pulang ke rumah" dan berada di stadium agak lama selepas perlawanan berakhir apabila mengetahui kemenangan meletakkan pasukan mereka hanya kurang satu langkah untuk ke final.
Seorang peminat, Luc Jones berkata mereka sering dikecewakan oleh barisan pemain England terdahulu yang lebih "mengutamakan potongan gaya rambut atau teman wanita selebriti pop atau kereta mewah baharu berbanding menendang bola."
"Tetapi kali ini ia mungkin berbeza dan kami berani untuk bermimpi. Berbanyak-banyak terima kasih. Ia pulang ke rumah," kata Jones.
Sama ada tuan rumah, Russia atau Croatia menjadi batu penghalang di antara England dan penampilan pertama mereka di final Piala Dunia sejak memenanginya di gelanggang sendiri pada 1966.
Peminat memuji skuad kendalian pengurus, Gareth Southgate kerana berjaya menghentikan corak permainan Sweden dan menamatkan perlawanan.
"Saya fikir mereka melakukannya dengan baik, dengan baik. Mengekang mereka. Kemudian kami perlu menjaringkan gol, menjaringkan gol terlebih dulu, mengawal perlawanan," kata seorang peminat, David Thomson.
"Menakjubkan, cukup bijak. Kami semua bimbang sebelum perlawanan di mana kami perlu menjaringkan gol terlebih dulu dan kami melakukannya. Mengawal perlawanan. Luar biasa," kata Tim Banks. - Reuters

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.