Rakyat Sarawak Minta PM Tunai Manifesto Pakatan Harapan
KUCHING - Rakyat Sarawak meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) sebagaimana misi partinya memilih dan menegakkan keadilan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Parti Rakyat Bersatu (UPP) semalam, pihak Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah menyaman Kerajaan Sarawak menggunakan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.
“Kami percaya Petronas tidak akan mengambil tindakan di Mahkamah Persekutuan menentang Sarawak tanpa mendapat persetujuan daripada perdana menteri.
“Andai kata kami salah dan Petronas mengambil tindakan sendiri tanpa persetujuan dan pengetahuan perdana menteri, maka dengan itu, kami meminta campur tangan beliau kerana beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian,” katanya.
Perjanjian MA63 untuk membentuk Malaysia dibuat berdasarkan perjanjian antarabangsa di antara United Kingdom of Great Britain and Nortern Ireland, Perseku- tuan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.
Terdapat lima entiti semasa perjanjian tersebut dilakukan pada 9 Julai 1963 dan didaftarkan di United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland pada 21 September 1970.
Perjanjian antarabangsa tersebut tidak pernah dimansuh atau ditukar jika tidak mendapat persetujuan daripada entiti lima negerinegeri berdaulat terbabit dan ia mesti dipatuhi.
“Tidak ada undang-undang di Malaysia atau konstituensi yang boleh memasuhkan atau melanggar perjanjian tersebut kerana ia melibatkan hak Sabah dan Sarawak.
“Dahulu, Ketua Menteri Datuk Abdul Rahman Yakub tidak mempunyai hak untuk memberi hak 100 peratus minyak kami untuk selamanya tanpa persetujuan rakyat Sarawak,“ tegasnya.
Kerajaan terbuka Sarawak digesa untuk mengambil tindakan dengan mengemukakan saman terhadap pihak Petronas di London berlandasakan MA63.
Pihaknya turut berharap perdana menteri menasihati pihak Petronas agar tidak meneruskan niat mereka itu.
No comments