Header Ads

Header ADS

Memahami Agenda Malaysia Baharu


MENARIK juga untuk direnungi gelagat dan watak Menteri Komunikasi yang baharu iaitu YB Gobind Singh Deo ini. 

Dalam kesungguhan menteri lain termasuk YB Lim Guan Eng memenuhi janji-janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau pula dilihat begitu teruja dengan siaran langsung bola sepak Piala Dunia Rusia 2018 yang akan disiarkan secara langsung oleh RTM dan keduanya isu Siti Kasim tak jadi diwawancara oleh Bernama TV.

Soalan yang berlegar dalam kepala saya adalah inikah keutamaan YB Menteri Komunikasi?

Saya cari berkali-kali dalam manifesto PH dan saya tidak jumpa kedua-dua isu tersebut. 

Sebagai menteri yang baru, saya mengharapkan YB Gobind Singh mengetahui  mana satu perkara yang perlu jadi priority (keutamaan) dan mana pula yang dikatakan less priority!! 

Sepatutnya apa-apa isu berkaitan  siaran langsung Piala Dunia 2018  untuk hebahan boleh diserahkan kepada pengulas sukan berita RTM sahaja menghebahkannya dalam slot berita sukan mereka. 

Tidak perlulah YB Menteri seorang sahaja bersungguh-sungguh umumkan semua perkara tentang Piala Dunia di RTM. 

Malam tadi semasa menonton berita jam edisi 12 malam, dipaparkan YB Menteri hadir majlis berbuka puasa sebuah agensi kerajaan dan masih membincangkan perkara yang sama dengan khalayak iaitu bola, bola dan bola!!

Saya pun naik kaget dan terkeliru. 

Malah disebut dalam wawancara tersebut YB Menteri menyatakan perlawanan pertama yang akan disiarkan adalah pada 14 Jum 2018. 

Isunya adakah menteri sedar bahawa tarikh tersebut adalah dijangka tarikh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri!! 

Mungkin menteri akan berkata yang akan menonton adalah orang bukan Islam atau menggunakan pendekatan yang lebih simplistik iaitu setiap penonton  mempunyai pilihan siaran untuk ditonton. 

Siapa yang tidak mahu menonton Piala Dunia, tutuplah televisyen atau tukar ke siaran lain. 

Isunya lebih jauh dari itu, isunya adalah sejauh mana sensitifnya kerajaan kepada rakyatnya yang beragama Islam di negara ini. 

Sama juga halnya dengan isu Siti Kasim yang ditukar waktu ditemubual oleh Bernama TV.

YB Menteri masuk campur dalam isu ini seolah-olah Siti Kasim adalah sosok masyarakat yang lebih penting dari YAB Perdana Menteri untuk diberi perhatian oleh media rasmi. 

Sedangkan Siti Kassim adalah seorang personaliti yang pemikirannya berserabut yang tidak popular di kalangan masyarakat Malaysia. 

Kalau tidak percaya buatlah tinjauan pendapat rakyat Malaysia terhadap personaliti ini. Malangnya personaliti seperti ini yang dibela oleh menteri. Mungkin menteri mahu membela golongan minoriti!!

Sepatutnya Menteri Komunikasi bersungguh-sungguh mencari isu utama dalam media utk diketengahkan seperti yang dilakukan oleh YB Menteri Pendidikan, Menteri Pengangkutan, Menteri Kewangan dan menteri-menteri lain yang menjadi sanjungan rakyat Malaysia kini. 

Kepada YB Menteri elok disejahterakan tindakan YB sebelum rakyat dapat membaca apa yang ada dlm benak menteri!!!

Penulis merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM.

Penulisan ini adalah pandangan peribadi beliau terhadap perkembangan semasa yang berlaku kini.


No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.