Header Ads

Header ADS

Akhirnya Rintihan Awal Ashaari Di Media Sosial Didengari Pihak Bertanggungjawab


KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal, Awal Ashaari, 37, menghela nafas lega apabila rintihannya berhubung bayaran tertunggak yang diluahkan dalam media sosial baru-baru ini didengari pihak bertanggungjawab dan akhirnya melunaskan hutang tersebut.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari memberitahu, dia bersyukur setelah sekian lama menunggu, individu berkenaan segera menjelaskan hutangnya selepas luahan tersebut mendapat perhatian portal-portal berita tempatan.

“Saya berterima kasih kepada pihak media yang melaporkan rintihan saya dan akhirnya didengari individu tersebut sebaik isu tersebut dilaporkan media.

“Malah, dia tidak mengambil masa yang lama untuk melunaskan kesemua bayaran tersebut,” katanya kepada Utusan Online.

Awal berkata demikian ketika majlis pelantikannya sebagai duta restoran Secret Recipe yang diadakan minggu lalu.

Mengulas lanjut tentang pemilihannya, bekas pengacara rancangan hiburan Melodi itu bertuah kerana menjadi selebriti pertama yang dilantik sebagai duta restoran berkenaan.

“Sebelum ini Afdlin Shauki pernah dipilih bagi menjayakan kempen promosi makanan yang dijual di restoran ini, tetapi bukan sebagai duta.

“Inilah julung kali Secret Recipe mempunyai duta bagi produk mereka dan saya rasa amat bertuah kerana menjadi selebriti pertama.

“Mula-mula musykil juga atas tawaran yang diberikan, tetapi pihak Secret Recipe menjelaskan mereka tertarik dengan cara saya menghargai makanan berkonsepkan pastri atau manisan menerusi muat naik dalam sosial media.


“Tak dinafikan, saya memang sukakan kek atau pastri lain. Itulah faktor yang menyebabkan saya dipilih,” katanya. - UTUSAN ONLINE

1 comment:

  1. Once I initially commented I clicked the -Notify me when new feedback are added- checkbox and now each time a remark is added I get four emails with the same comment. Is there any means you may take away me from that service? Thanks! online casino gambling

    ReplyDelete

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.