Header Ads

Header ADS

Kerajaan Negeri Sarawak Tidak Perlu Memfailkan Tuntutan Di Mahkamah Tinggi Sebaliknya Petronas Perlu Berbuat Demikian


KUCHING - Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kerajaan Negeri Sarawak tidak perlu memfailkan kes tuntutan ke atas minyak dan gas di negeri ini di Mahkamah Tinggi.
Sebaliknya, Petroliam National Berhad (Petronas) yang perlu berbuat demikain, ujar Abdul Karim yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal undang-undang.
Menurut Abdul Karim, Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai undang-undang khas yang terpakai iaitu Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO). 
Bagaimanapun, bagi Petronas, undang-undang tersebut adalah tidak terpakai. 
“Jadi, kenapa pula kita patut membawa perkara ini ke mahkamah? Yang berasakan OMO tidak terpakai adalah Petronas, jadi mereka yang patut membawa ke mahkamah,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak Laut di sini semalam. 
Ketika ini, Petronas mula merasai tekanan apabila bermula 1 Julai ini, mereka terpaksa akur kepada peraturan untuk mendapatkan permit daripada Petroleum Sarawak (PETROS) - syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri jika mahu mengekstrak minyak dan gas dari perairan Sarawak. 
Beliau menegaskan, jika syarikat minyak dan gas nasional itu meneruskan operasi mengekstrak minyak dan gas di Sarawak tanpa mendapatkan permit, maka kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mengambil tindakan sewajarnya. 
“Kalau Petronas berbuat demikian, maka mereka telah melanggar undang-undang kita dan sudah pasti, ini akan membawa penalti,” katanya. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.