Header Ads

Header ADS

Fanskick Dot Com Sdn Bhd Jalin Kerjasama Dengan FAS


KUCHING - Pengasas aplikasi ‘Fanskick’, Fanskick Dot Com Sdn Bhd melebarkan sayap ke Sarawak dengan menjalinkan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Menerusi kerjasama tersebut, syarikat berpangkalan di Johor itu bersetuju dengan menaja FAS untuk membangunkan ‘Statistic Tool’ kepada persatuan tersebut.

‘Statistic Tool’ merupakan sistem yang menyediakan data dan statistik berkaitan pasukan dan pemain-pemain bola sepak secara terperinci.

Majlis simbolik penyerahan tajaan kepada Naib Presiden FAS, Razali Dolhan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Fanskick Dot Com Sdn Bhd, Farouk Mustaffa di King Of Croc’s Lounge, Stadium Negeri di sini kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Agung FAS Jeffery Lana, Pengurus Besar dan Setiausaha Fanskick, Ramesh Ram dan Nazri Ahmad serta Ketua Jurulatih Sarawak, Ian Andrew Gillan.

Sehubungan itu, Farouk menjelaskan bahawa ‘Fanskick’ adalah untuk menaikkan taraf sistem bola sepak sedia ada di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.

“Fanskick bukan sahaja untuk Sarawak, tetapi semua pasukan bola sepak yang ada di mana kita membantu dari segi pengurusan dan menyimpan statistik pemain-pemain dan data,” katanya.

Menurut Farouk, sistem itu nanti bukan sahaja membantu dari segi pengurusan pasukan malah memudahkan pasukan untuk mendapatkan tajaan. 

Beliau turut berterima kasih kepada FAS kerana memberi ‘Fanskick’ peluang untuk bekerjasama.

Bagi yang belum mengenali ‘Fanskick’, aplikasi yang dilancarkan pada Januari 2018 itu membolehkan peminat-peminat membeli tiket secara atas talian dan mendapatkan maklumat terkini statistik pemain-pemain serta jadual perlawanan Liga Malaysia.

Aplikasi itu juga menawarkan ruang interaksi dikenali ‘Buddy System’, permainan simulasi pengurusan bola sepak dikenali ‘FK Manager’ dan siaran langsung perlawanan (live streaming).

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma melalui ‘Google playstore’ bagi pengguna Android dan ‘Apple store’ bagi pengguna OS. 

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi tersebut layari www.fanskick.com (http://www.fanskick.com). -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.