ANDRI ZULKARNAEN DIKECAM DAN DICACI RAKAN-RAKAN PAS SARAWAK


Andri Zulkarnaen atau nama samaran Facebook, Abusiraj Al-Muner menyatakan bahawa beliau dikecam, dicaci dan dimaki oleh rakan PAS atas tindakannya memilih untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Beliau yang juga sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS Sarawak dan Yang Di-Pertua PAS Santubong, memohon maaf kepada rakan-rakannya didalam PAS atas pilihan yang telah dibuatnya untuk menyertai GHB.

Menurut Andri, beliau menerima banyak cacian dari rakan PAS setelah memuat naik kenyataan akhbar sebagai jurucakap GHB Sarawak beberapa hari lepas.

Walaubagaimanapun, Andri berpesan kepada rakan-rakanya agar sama-sama terus menumbangkan UMNO BN dan segala yang dilakukan diberkati Allah Taala.

Andri Zulkarnaen sebelum ini juga dicanang sebagai bakal calon PAS Sarawak di DUN Demak Laut atas kerusi PAS. 


Menurut sumber, masih belum dapat dipastikan sama ada Andri akan bertanding atas kerusi PAS atau GHB pada pilihanraya Negeri Sarawak akan datang memandangkan beliau belum meletak jawatan secara rasmi dalam PAS.
 

PKR SARAWAK TEMPELAK DAP CEROBOH KAWASAN YANG AKAN DITANDINGI PKR


PKR Sarawak menempelak DAP kerana cuba untuk merampas kerusi di kawasan luar bandar yang pernah ditandingi mereka sebelum ini.
Tindakan itu menyebabkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian ‘marah’ dan tidak bersetuju dengan apa yang telah dibuat DAP sekali gus mengingkari persefahaman yang pernah dibuat sebelum ini.
“Dahulu DAP tidak mahu berkongsi beban dengan PKR untuk bertanding di kerusi pedalaman, maka PKR terpaksa berkorban memikul tanggungjawab itu.
“Apabila PKR bertanding di 49 kerusi maka DAP kata PKR Sarawak tamak… itu tuduhan tidak berasas.
“Kini DAP menggunakan Impian Sarawak untuk bergerak ke pedalaman dan luar bandar dalam meraih sokongan.
“Ingatkan Impian Sarawak ini adalah untuk membantu PKR di pedalaman, rupa-rupanya tidak.
“Niat DAP rupa-rupanya untuk merampas kerusi PKR Sarawak di pedalaman,” kata kenyataan PKR Sarawak itu.
Tambah kenyataaan itu lagi, kerusi yang mahu DAP bertanding pada PRN akan datang merupakan kawasan yang PKR boleh menang seperti DUN Layar, Betong yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
PKR turut mempersoalkan kenapa DAP tidak mahu bermula di kawasan DUN Balingian dan lain-lain yang sukar dikuasai.
Justeru PKR Sarawak menggesa rakyat pedalaman khususnya komuniti Dayak  agar tidak mudah terkeliru dengan projek kecil yang dibawa DAP dengan perjuangan PKR Sarawak iaitu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), perkara paling penting diperjuangkan.
Katanya penyelesaian terbaik untuk kemelut antara PKR dan DAP ialah menentukan satu hala  iaitu mengalahkan BN dengan mengelak pertembungan antara satu sama lain (PKR menentang DAP) pada PRN akan datang.
“Biarlah DAP menumpu di kerusi yang mereka bertanding dahulu. PKR Sarawak pula bertanding di 49 kerusi yang pernah ditandingi dahulu… kekalkan status quo.

“Kecualilah PKR Sarawak sanggup menyerahkan beberapa kerusinya di pedalaman kepada DAP… bukannya main sergah rumah dan mendakwa (claim) rumah itu milik sendiri,” kata kenyataan itu. -KLXpress-
 

NAJIB MASIH INGAT PEMBOHONGAN PEMBANGKANG DALAM KONONNYA BANGLA 40,000 KE MALAYSIA


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan pengamal media agar memastikan berita yang disiarkan telah 'lulus' kesahihannya sebelum mengejar siapa paling cepat dalam penyiarannya.
 
"Pendapat yang berbeza tidak menjadi masalah. Lebih-lebih lagi pendapat yang berbeza itu konstruktif...membina. Yang menjadi masalah ini kalau tidak berasaskan pada fakta.
 
"Setelah disemak balik rupanya pendapat itu meleset atau tidak berasas. Inilah cabaran dalam suasana baharu ini kerana orang mengejar berita. Berita itu nak disampaikan dalam masa yang secepat mungkin. Nak jadikannya viral. 
 
"Mahu jadi yang pertama (sebarkan) sebab nak membentuk persepsi bukan nak menentukan kesahihan, ketepatan berita. Kesahihan berita itu seolah-olah perkara kedua," katanya ketika memberi ucapan pada majlis berbuka puasa dengan media di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
 
Tegasnya, apabila persepsi telah terbentuk hasil 'penyiaran paling cepat' tersebut, usaha membetulkan kembali keadaan amat sukar.
 
Malah beliau akui masih belum dapat melupakan penyebaran maklumat yang didakwanya tidak benar berkaitan usaha membawa masuk 40,000 pengundi dari Bangladesh pada PRU13 lalu.
 
"...selepas terbentuk persepsi, nak betulkannya, nak mengikisnya amat sukar sekali. Beberapa contoh yang boleh saya berikan...pilihan raya dahulu. Masih segar dalam ingatan saya. Saya sukar nak lupakan.
 
"Kononnya 40,000 pengundi Bangladesh menunggu untuk mengundi BN, pada saat-saat akhir, kita tak mampu untuk membetulkannya. Ada orang percaya. Individu yang kelihatan seperti warga Bangladesh dikejar.
 
"Mereka tidak 'berhenti' untuk bertanya jika nak bawa 40,000 pengundi Bangladesh, sebuah pesawat boleh bawa 400 orang, untuk bawa 40,000 perlu ada 1,000 pesawat mendarat di KLIA. Tak tanya. Tapi berita itu sudah jadi viral dan kerosakannya kepada BN," katanya.
 

MAHKAMAH DAPATI LIM GUAN ENG BERSALAH KERANA MEMFITNAH


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi ini baru sahaja menjatuhkan hukuman bersalah dan denda RM500,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana memfitnah Dato' Jahara Hamid serta diminta membayar kos guaman sebanyak RM40,000. 

Lim Guan Eng sebelum ini dipercayai mengeluarkan kata-kata fitnah dan menghina dengan menggelar beliau sebagai "nenek rasis" di dalam satu ceramah umum di hadapan para penyokong DAP.

Selain denda, Setiausaha DAP itu juga menerima injunksi menahan beliau daripada terus mengulangi kata-kata fitnah dan beberapa hukuman lain seperti 5% interests, retract statements dan dikenakan kos mahkamah sebanyak RM40,000. 

Benarlah kata-kata rakyat Pulau Pinang, DAP dan fitnah berpisah tiada. 

 

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG KINI SUDAH MATI


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, secara rasminya mengisytiharkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan lagi kerajaan pakatan seperti sebelum ini. 

Guan Eng berkata, keputusan itu diambil sebulat suara pada mesyuarat EXCO yang turut dipersetujui sebulat suara termasuk 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang. 

Katanya, keputusan itu turut dipersetujui satu-satunya wakil PAS di negeri itu, iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man.

"Berikutan itu, kerajaan negeri ini akan dikenali sebagai Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja," katanya dalam kenyataannya kepada pemberita. 

Keputusan ini tidak menghairankan kerana Lim Guan Eng telah mengumumkan Pakatan Rakyat sudah hancur dan lebur berikutan pengumuman PAS yang keluar Pakatan dan PKR juga sudah tidak sehaluan dengan DAP. 

Malah, di Pulau Pinang sendiri DAP menguasai jumlah kerusi DUN dan menjadi majoriti hingga membuatkan PAS dan PKR tiada kuasa untuk bersuara. 

 

LAGI THE MALAYSIA INSIDER MENIPU DAN MEMFITNAH NAJIB


Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan portal The Malaysian Insider yang bertajuk "Peningkatan kutipan zakat antara faktor Malaysia diiktiraf Fitch, kata Najib". 

Pejabat Perdana Menteri berkata, laporan tersebut adalah tidak tepat. 

"Di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri anjuran MAIWP pada hari ini, Perdana Menteri telah berkata bahawa antara faktor peningkatan kutipan zakat termasuklah pengenalan dasar kerajaan yang betul dan pengurusan ekonomi yang baik dengan dibantu oleh sistem pembayaran zakat tersusun. 

"Perdana Menteri juga berkata bahawa badan penarafan antarabangsa Fitch semalam telah menaiktaraf unjuran Malaysia daripada 'Negatif' kepada 'Stabil' kerana pengurusan dan kedudukan ekonomi serta kewangan negara. 

"Perdana Menteri tidak pernah berkata bahawa peningkatan kutipan zakat adalah antara faktor Malaysia diiktiraf oleh agensi penarafan Fitch," katanya dalam kenyataan yang dimuatkan dalam akaun Facebook PMO Malaysia, sebentar tadi. 

Pejabat Perdana Menteri kesal dengan The Malaysian Insider yang cenderung memutarbelit kenyataan Perdana Menteri dan kerajaan sehingga menimbulkan salah faham dan keresahan dalam masyarakat.

 

PETRONAS SUMBANG RM90,000,000 KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK


Petronas mengumumkan sumbangan berjumlah RM90 juta bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Sarawak untuk tahun 2015.

Agihan berkenaan merupakan permulaan bagi inisiatif CSR dalam tempoh lima tahun (2015-2019) yang akan dilaksanakan di Sarawak dalam memperkasakan pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.

Penyerahan itu disampaikan Pengerusi Petronas Tan Sri Sidek Hassan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

“Petronas merupakan warga korporat yang bertanggungjawab dan bermurah hati malah ada kalanya menyelamatkan ekonomi ketika kita menghadapi masalah ekonomi tertentu.

“Sudah tentu kita mahu mereka lebih bermurah hati berbanding sekarang namun kita menerima apa yang kita dapat sekarang pada masa yang sama meminta lebih banyak dalam masa terdekat,” kata Adenan pada sidang media selepas majlis penyerahan di sini.

Mengenai projek CSR tempoh lima tahun akan datang, Adenan percaya Petronas menyumbang jumlah besar kepada Sarawak namun menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk mengumumkan perkara berkenaan.

Beliau sekali lagi menegaskan pendirian bahawa kerajaan negeri pada masa yang sama akan terus berusaha memastikan kerajaan pusat menambah bayaran royalti minyak dan gas kepada 20 peratus bagi Sarawak berbanding lima peratus sedia ada.

“Perkara ini akan kita teruskan dari semasa ke semasa, bukan kepada Petronas sahaja tetapi kepada kerajaan pusat, kerana mereka yang membuat keputusan,” tegasnya.

Sementara itu Sidek berkata, antara lain pelaburan RM90 juta juga melibatkan program perlindungan koridor marin di Bintulu dan Miri, penubuhan Petrosains Playsmart Center, program latihan tindakan kecemasan bencana di peringkat komuniti serta sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan di Sarawak.

Jelas beliau, Petronas berharap kerjasama antara mereka dan kerajaan negeri akan dapat terus ditingkatkan dalam usaha sama membangunkan industri minyak dan gas tempatan yang mapan dan kompetitif ke arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Sarawak.

“Kami mahu menjadi warga korporat yang baik, bukan kerana ada sebab tersembunyi tetapi kerana ia bagus bagi perniagaan kami.

“Tambahan Petronas wujud untuk membantu negara termasuk Sarawak dan kami akan terus berbuat demikian.

“Kami bersyukur atas sokongan Ketua Menteri dan Petronas mahu dilihat sebagai warga korporat yang baik pada masa lalu, sekarang dan lebih-lebih lagi pada masa depan,” kata beliau.

Terdahulu dalam ucapannya, Sidek berkata bagi pelaburan lima tahun berkenaan Petronas juga akan menyalurkan kepada pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains MARA di Bintulu dan asrama-asrama desa.

Selain itu, Petronas bekerjasama dengan Yayasan AMIR melalui penajaan lima Sekolah Amanah di daerah Lundu dan akan meningkatkan Sekolah Amanah di Sarawak daripada tujuh kepada 12 sekolah.
 

BANYAK PAHALA YANG AHMAD MASLAN DAPAT HARI INI


Tersebarnya gambar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa rakyat tidak terkesan dengan pengumuman kenaikan petrol RON95 sebanyak 10 sen semalam.

"Minyak naik RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban dimana?!" 

Screenshot kenyataan itu tersebar di laman sosial dan disebarkan lagi oleh blogger media-info-semasa.blogspot.com yang menyenaraikan 5 sebab Ahli Parlimen Pontian itu patut meletak jawatan. 

Akibatnya, Timbalan Menteri Kewangan itu dikritik habis-habisan di laman sosial tanpa henti dan laman-laman sosial milik beliau juga diserang oleh netizen.

Malangnya, ramai yang berkongsikan berita itu tanpa menyelidik kesahihan kenyataan itu terlebih dahulu. 

Kenyataan itu sebenarnya dikeluarkan oleh pihak pengendali page 'troll' Ahmad Maslan pada 1 Jun yang lalu. Jika dilihat pada 'timeline' page berkenaan, pengendali laman itu kerap memuat naik status-status yang berniat memburukkan Ahmad Maslan.

Laman Facebook page Ahmad Maslan yang sebenar mempunyai 15,000+ likers berbanding page troll tadi yang hanya mempunyai 445 likers. - THEHYPEMEDIA.COM

 

BOLEH BERBIKINI KETIKA KE PUSAT KHIDMAT ADUN KINRARA


Sebagai seorang Islam, sama ada lelaki atau wanita wajib menutup aurat bagi menjaga ketenteraman awam dan kehormatan diri.

Isu cara berpakaian yang berlaku baru-baru ini jelas menunjukkan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini bahawa setiap kalangan rakyatnya harus mempunyai nilai menghormati orang lain lebih-lebih lagi di tempat awam.

Berbeza dengan ADUN Kinrara yang membenarkan rakyat di kawasannya untuk menggunapakai apa saja jenis pakaian kecuali 'berbogel' di Pusat Khidmat ADUN Kinrara. Ini termasuklah menggunapakai 'bikini' atau pakaian berenang.


Perbuatan dan tindakan ADUN Kinrara ini jelas menyindir peraturan berpakaian di jabatan kerajaan yang mengenakan syarat berpakaian sopan bagi setiap urusan.

Setiap peraturan ini perlu dipatuhi kerana bertujuan melindungi si pemakai agar tidak menjadi perhatian umum terutama yang berniat jahat.

Mengikut kajian, wanita yang berpakaian seksi di luar rumah berpotensi besar untuk mendapat perhatian daripada penjenayah terutama perogol. 

Sikap sebegini yang membuatkan jenayah rogol meningkat di kalangan masyarakat kita terutama mereka yang gemar dan kerap berpakaian seksi lagi singkat.
 

BUKAN PASAL TAKUT TAPI TONY PUA ITU PEMBOHONG



Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan kenapa ada pihak yang takut dengan beliau sehingga memintanya berundur dari Jawatankuasa Kira-Kira wang Negara (PAC).

Beliau yang juga salah seorang anggota PAC dari pembangkang, turut berasa terkejut kerajaan dilihat tidak yakin dengan lapan wakil Barisan Nasional (BN) dalam jawatankuasa itu dalam mengendalikan prosiding siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Adakah (Menteri Komunikasi dan Multimedia) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terlalu takut bahawa lapan wakil BN dalam PAC tidak dapat mengawal seorang ahli pembangkang dalam jawatankuasa itu?" soalnya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Sebenarnya bukan soal takut sebaliknya kreadibiliti Tony Pua itu yang harus ditakuti kerana selalu bercakap bohong.

Orang seperti ini sepatutnya tidak layak menjadi wakil rakyat kerana dikhuatiri mampu memecahbelahkan rakyat seperti mana yang sedang berlaku sekarang dalam isu 1MDB.

Pua berkata beliau yakin rakyat Malaysia akan rasa benci, dan kredibiliti PAC akan terjejas teruk sekiranya beliau disingkir secara paksa dari PAC oleh BN.

Namun, katanya 1MDB tidak pula takut kerana presidennya Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi komited akan hadir ke prosiding tersebut.

Khamis lalu, peguam UMNO Tan Sri Shafee Abdullah dalam laporan Berita Harian telah meminta Pua meletakkan jawatan sebagai ahli PAC supaya penyiasatan terhadap 1MDB dilakukan secara adil.

Gesaan itu turut disokong Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula telah membuat gesaan supaya menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa itu kerana sikap berat sebelahnya terhadap siasatan isu berkenaan.
 

1MDB BIDAS PEMBOHONGAN TONY PUA


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

Kami merujuk laporan berita dalam talian hari ini, yang memetik pelbagai kenyataan oleh YB Tony Pua berhubung kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dipersetujui oleh 1MDB dan IPIC baru-baru ini. 

Di bawah ialah penjelasan 1MDB:

1. Kementerian Kewangan mahupun Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan untuk transaksi komersial baru-baru ini di antara 1MDB dan IPIC.

2. Adalah diketahui umum bahawa pada 2012, IPIC menerbitkan jaminan untuk pembayaran faedah dan pokok (principal) ke atas dua bon bernilai USD1.75 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB, berjumlah USD3.5 bilion dalam bentuk pokok (principal) dan hampir USD2 bilion dalam bentuk faedah. Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan ke atas mana-mana bon ini. 

3. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi YB Tony Pua untuk mengatakan bahawa kertas terma ikatan (binding term sheet) di antara 1MDB dan IPIC, yang merupakan sebuah transaksi komersial, telah mengakibatkan tanggungan jaminan yang berlebihan kepada Kerajaan Malaysia. Adalah diketahui umum bahawa Kerajaan hanya mengeluarkan satu “surat sokongan”, dan ini adalah untuk bon lain yang diterbitkan oleh 1MDB bernilai USD3.0 bilion (kira-kira RM11.35 bilion). Secara keseluruhan, pihak Kerajaan hanya memberikan jaminan yang jelas (explicit guarantee) untuk RM5.8 bilion dari keseluruhan hutang 1MDB.    

4. YB Tony Pua dengan sengaja telah mengelirukan orang ramai apabila tidak menyebut syarat penting “dan sebaliknya” (“and vice versa”) berhubung dengan tanggung rugi (“indemnity”), dengan kata lain, tanggung rugi (indemnity) terpakai bagi kedua-dua pihak – kepada IPIC dan juga 1MDB – berhubung dengan pelaksanaan kewajipan oleh kedua-dua pihak. Tanggung rugi (indemnity) dua hala sperti ini adalah klausa standard dalam transaksi-transaksi komersial untuk memastikan tiada pihak yang kehilangan wang (“out of pocket”) jika satu pihak lagi gagal melaksanakan tanggungjawabnya.  1MDB mengesahkan bahawa kami berhasrat sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab kami mengikut kertas terma ikatan (binding term sheet) tersebut. 

Kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dilaksanakan dengan IPIC adalah merupakan komponen utama pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. 

Kejayaan pendekatan ini telah dibuktikan oleh pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini oleh 1MDB. 

Rundingan komersial sedang berjalan secara berterusan di antara 1MDB dan IPIC untuk mencapai perjanjian muktamad, yang seterusnya akan menyaksikan pengurangan lebih kurang RM16 bilion hutang 1MDB. 

1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
 

SHAFEE ABDULLAH DESAK TONY PUA LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN DAN AHLI PAC



Orang ini amat ditakuti oleh Anwar Ibrahim. Berkali-kali Anwar Ibrahim cuba menyingkirkan orang ini dan berusaha dengan segala macam untuk mengelakkan orang ini daripada menjadi pendakwaraya. 

Bahkan DAP juga menerusi para pemimpinnya mempersoalkan kewajarannya sebagai pendakwa raya dalam kes liwat Anwar Ibrahim selain memperkecil-kecilkan Peguam Negara yang kata mereka tidak mampu menghalang keinginan orang ini untuk menunjuk kuasa walaupun hakikatnya, memang terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang membolehkan Peguam Negara melantik mana-mana peguam mewakilinya sebagai pendakwaraya.

Setelah sekian lama tidak mendengar ceritanya, hari ini ada juga cerita darinya. Dan kali ini, Shafiee Abdullah mensasarkan Tony Pua, orang yang paling banyak mulut tentang 1MDB. 

Tony Pua juga adalah orang yang paling banyak mempersoalkan peruntukan negara untuk sistem pertahanan dan keselamatan tetapi senyap sunyi apabila sempadan negara bolos disebabkan kelapukan aset-aset pertahanan, bahkan mengambil kesempatan untuk mencaci dan menghina pasukan serta agensi keselamatan yang gagal menghalang penceroboh.

Menurut Shafee, Tony Pua yang juga merupakan salah seorang anggota PAC, perlu meletakkan jawatannya selaku Ahli Parlimen kerana sikapnya yang bias dan bi-partisan.

Perletakan jawatannya itu bagi membolehkan siasatan ke atas syarikat pelaburan negara itu dijalankan secara lebih adil dan telus tanpa dipengaruhi oleh tekanan-tekanan jahatnya. Malah selain daripada Tony Pua, Shafee juga menggesa agar ahli-ahli panel PAC yang kuat mengkritik dan melemparkan tuduhan buruk ke atas 1MDB, lebih sesuai untuk menjadi saksi berbanding sebagai panel.

Tindakan tersebut adalah perlu bagi menjamin keadilan buat 1MDB tanpa sebarang prejudis daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan penyiasatan PAC.

"Saya perhatikan Tony Pua sebagai ahli PAC telah mengelarkan banyak kenyataan yang akan menjejaskan siasatan ke atas syarikat tersebut. Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar dia meletakkan jawatan dari PCA sebagai cara mengembalikan keyakinan awam bahawa siasatan tersebut dijalankan secara telus dan adil," kata Shafee.

Menurutnya lagi, gesaan itu dibuat kerana sebagai peguam dan pendukung keadilan, di atidak mahu PAC dilihat sebagai tidak adil ke atas 1MDB memandangkan kes tersebut mendapat perhatian awam.

"Ahli-ahli PAC termasuklah Tony Pua perlu bersikap sebagai hakim dalam kes ini, dan bukannya dengan membuat tuduhan serta kenyataan-kenyataan awam. Lebih baik mereka menjadi saksi sahaja sekiranya mereka masih mahu mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu," kata Shafee lagi.

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.com 
 

DAKWAAN WILLLIE MONGIN EMPANGAN BENGOH BERMASALAH BERSIFAT POLITIK MURAHAN


KUCHING – Dakwaan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mambong Willie Mongin berhubung struktur binaan Empangan Bengoh yang dikatakan terjejas sangat tidak berasas.
Kenyataan beliau yang telah disiarkan akhbar tempatan Sarawak sebelum ini hanya bersandarkan kepada sumber yang diperolehinya daripada penduduk kampung tanpa merujuk kepada kontraktor terlibat.
Menurut Ketua Jurutera Konsultan Augustine Ting, masalah struktur binaan yang dikatakan terjejas itu hanyalah sambungan yang sememangnya dibuat bagi menyokong kepada struktur binaan yang lain.
“Sememangnya sambungan itu dibuat bagi menyokong kepada struktur binaan yang sedia ada (not cracking but opening of joint) berdasarkan teori Fizik.
“Sambuangan itu tidak sesekali berbahaya dan memberi kesan kepada struktur bangunan yang sedang dibina itu mahupun ketika proses penakungan air kelak.
“Setiap kerja-kerja pembinaan ini dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan agar struktur empangan ini dapat menampung jumlah air sekiranya siap kelak,” katanya yang ditemui di sini semalam.
Sementara itu, gesaan Willie yang mahukan tenaga pakar bagi membuat kajian bagi mengenal pasti keselamatan struktur empangan itu turut mendapat perhatian pihaknya.
“Sememangnya pihak kami telah melakukan beberapa kajian berhubung struktur empangan ini dalam memastikan ia benar-benar selamat.
“Saya memberi jaminan 100% bahawa struktur empangan ini selamat kerana banyak analisa dan ujian telah dibuat bagi memastikan keselamatan dan ketahanan struktur kekal utuh,” katanya lagi.
Pihak syarikat memberi jaminan bahawa penduduk kampung yang tinggal berdekatan empangan seperti Kampung Bengoh, Kampung Danu, Kampung Semadang, Kampung Giam, Kampung Git dan Kampung Grait tidak perlu risau akan keselamatan mereka.
Kerajaan sangat menitikberatkan hal-hal keselamatan terutama penduduk yang tinggal berdekatan agar pembinaan empangan ini tidak menjejaskan keselamatan mereka.
Empangan Bengoh terletak kira-kira 40 kilometer dari Selatan Bandaraya Kuching dan siapnya nanti mampu menyimpan sejumlah 144 juta meter ;padu air dengan kawasan tadahan seluas 8.77 kilometer persegi.
 

SIFAT PENTINGKAN DIRI SENDIRI, ANGKUH, PEMBODEK, PEMALAS DAN KREADIBILITI DIRAGUI LEMAHKAN BN


Setiausaha DAP telah mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah terkubur dan tiada lagi dalam kamus politik Malaysia. 

Bagaimanapun, ini tidak bermakna pemimpin BN boleh tidur lena dan berpeluk tubuh dalam PRN Sarawak akan datang. 

“Benar, dalam BN sekali-sekala kelihatan seperti ada ‘kelainan nada dan pemikiran’ tetapi pada akhirnya BN mampu bersatu dalam kepelbagaian pendapat kerana kepentingan parti dan majoriti diutamakan.

“BN sebagai sebuah parti politik telah banyak berjasa, kukuh dan sentiasa ke arah hala tuju yang berpaksikan kebajikan rakyat,” kata Abdullah Saidol sambil menambah, BN tidak bersalah.

Jelasnya, apa yang melemahkan BN ialah segelitir pemimpin-pemimpinnya yang mementingkan diri sendiri, angkuh, pembodek, pemalas dan kredibiliti yang semakin diragui.

Majoriti rakyat tidak benci BN dan masih yakin kepada asas perjuangan BN, cuma mereka sudah meluat dengan kerenah beberapa pemimpin yang lupa diri dan tidak bersungguh-sungguh menjaga kepentingan serta kehendak rakyat.

“Dalam kesibukan berpolitik di alaf baharu serta berpropaganda melalui media moden seperti media sosial, kita lupa kepada politik tradisional iaitu budaya turun padang berjumpa rakyat secara santai untuk bertanya khabar dan jangan takut berdepan kritikan.

Demikian juga ada beberapa 'calon' baharu daripada PBB yang dikatakan cuba merisik di beberapa buah kawasan DUN untuk mencalonkan dirinya dalam pilihan raya akan datang. 

Inilah penyakit yang sering melanda BN setiap kali pilihan raya biarpun wakil rakyat itu telah menunjukkan prestasi yang baik di kawasannya. 

Sememangnya politik di Malaysia berlandaskan demokrasi dan sesiapa saja berhak untuk mencalonkan dirinya dalam pilihan raya. Tetapi, perbuatan seperti di atas jelas membelakangkan parti dan mendahulukan kepentingan diri sendiri. 

Masih belum terlambat sekiranya perbuatan sebegini dapat dielakkan agar BN tidak terkubur seperti Pakatan Rakyat. 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2015/06/18/perpecahan-pr-bukan-kejutan-kata-abdullah/#ixzz3dNYgjbAU
 

DAP AKAN BERTANDING DI DUN SATOK, PKR TIDAK LAYAK


Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari tidak perlulah nak "syok sendiri" untuk menjadi calon bertanding di Satok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang kerana DAP sudah ada calon yang nyata lebih baik dari dirinya di kawasan tersebut.

Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa berkata, selain dari Satok, DAP juga akan meletakkan calon di Tupong pada PRN yang akan datang dan kedua-duanya adalah calon Melayu, graduan berumur bawah 30 tahun dan merupakan anak tempatan.

"DAP akan bertanding di Satok kerana saban hari PKR "hampir sunyi" di Satok tambahan kehadiran PKR di Satok adalah "almost zero" (kosong)," tegasnya lagi.

Aziz, yang merupakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata demikian apabila dihubungi Sarawakiana dan ditanya mengenai gerakan #nazib4satok yang lancarkan oleh Nazib baru-baru ini di Fanpage FB beliau untuk menjadi calon di Satok pada PRN yang akan datang.

Mempersoalkan bagaimana Nazib, yang kini bekerja di Kuala Lumpur berniat hendak menjadi wakil rakyat di sini (Satok) walhal hanya "muncul" di ambang pilihanraya, Aziz menyifatkan tindakan Nazib yang sudah membuat poster untuk bertanding tersebut sebagai "syok sendiri".

"PKR di Petra Jaya bagaikan sudah tidak berfungsi lagi, tambahan pejabat PKR Petra Jaya pun sudah ditutup dan kebanyakan isu atau kes-kes di Satok, Tupong dan Samariang (dalam Kawasan Parlimen Petra Jaya) dikendalikan oleh DAP," dakwa Aziz.

"Takkanlah setelah penat-penat DAP "menebas rumput sehingga padang dah rata dan cantik, pemain pun sudah bersedia untuk berlawan", tiba-tiba nak diserahkan kepada PKR?," persoal Aziz lagi secara sinis.

Menyifatkan PKR hanya mahu menjadi calon tapi enggan bekerja tanpa turun padang, Aziz berkata, pertembungan di Satok pada PRN kelak adalah diantara DAP dan PBB, bukannya di antara PKR dan PBB seperti dulu.

"Lagipun, DAP selama ini telah mengadakan pelbagai program di kawasan Satok seperti program membantu isi borang kebajikan, isi borang baitulmal, 14 program di bulan puasa (yang lepas), menyuarakan isu Taman Mini Satok, isu penjaja Kampung Masjid, isu tanah terbiar di Binamara dan banyak lagi program-program lain tapi, apa yang dah PKR buat selama ini?," persoal Aziz lagi.

Beliau juga mendakwa, penyokong pro-pembangkang di Satok sudah tidak lagi mempercayai PKR malah, lebih mempercayai DAP yang jelas nampak bekerja dan serius membantu orang susah berbanding PKR yang hanya senyap dan muncul masa pilihanraya seperti biskut "Chipsmore".

"Terus terang saya katakan, penduduk di Kampung Tanjong dan Kampung Sinjan dah menolak PKR, dan semua bekas ahli PKR di kawasan sana telah menyertai DAP, tambahan kawasan tersebut sudah dibuka dua ranting DAP," dakwanya lagi.

Ditanya bagai peluang DAP untuk menang di Satok, Aziz menyatakan, kalau DAP tak cuba, bagaimana DAP nak tahu, tapi percubaan DAP bukanlah percubaan yang membuta-tuli atau sebarangan kerana DAP sentiasa turun ke padang.

"Kami sentiasa bertemu dengan penduduk bertanya khabar dan agar kami dikenali dan supaya penduduk melihat kami sebagai wakil rakyat alternatif yang ada," katanya sambil menambah, janganlah tidak dikenali orang namun tiba-tiba muncul untuk bertanding kerana ianya hanya akan menghabis duit parti sahaja.

"Saya anggap tindakan DAP meletakkan calon untuk bertanding di Satok sebagai perlaburan jangka masa panjang, biarpun lambat ianya pasti akan mendatangkan hasil."

Memberi contoh, dahulu kaum Cina di Sarawak tidak menerima DAP namun disebabkan konsistensi DAP yang senang didekati dan berani bersuara, Aziz berkata, kini, mereka memilih DAP.

Untuk rekod, pengundi di berjumlah 10,431 orang dan pada PRN Sarawak yang lepas, penyandangnya iaitu Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg (PBB - BN) telah menang dengan majoriti sebanyak 2,800 undi setelah mendapat 4,691 undi mengalahkan Ahmad Nazib Johari (PKR) yang hanya mendapat 1,891 undi. - Sarawakiana
 

PAS SARAWAK BERGOLAK: ORANG KANAN HJ ADAM KELUAR PAS


Krisis PAS bersama Pakatan Rakyat Sarawak khususnya DAP masih membayangi senario politik pembangkang di Sarawak.

Pun begitu, pergolakan dalaman PAS Sarawak juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi selepas Muktamar PAS Pusat yang telah berlangsung sebelum ini dengan menyaksikan Kumpulan Ulama menguasai kepimpinan tertinggi PAS.

Sejak daripada itu, PAS Sarawak juga menerima tempiasnya apabila sebelum ini calon PAS yang disebut-sebut akan bertanding dalam PRN Sarawak di DUN Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee telah ditolak rakyat Beting Maro. Semua ini berlaku disebabkan gara-gara Abang Ahamd Kerdee tergolong dalam kumpulan PASMA yang diketuai Mat Sabu.

Hari ini, suatu berita yang tidak kurang kontroversinya dan mengaibkan PAS Sarawak apabila seorang “Orang Kanan” Pesuruhjaya PAS Sarawak Hj Adam Ahid telah mengisytihar keluar PAS!

Daripada sumber yang boleh dipercayai, Orang Kanan tersebut telah menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha PAS Pusat semalam.

Orang Kanan itu bukan calang-calang ahli PAS Sarawak yang sudah belasan tahun menganggotai PAS dan mempunyai track rekod kerja yang baik.

Pertembungan dalaman PAS Sarawak semakin rancak sejak baru-baru ini apabila Pesuruhjaya PASA Sarawak itu bertindak menjadi juru kempen atau kepala pengedar “chai”kepada kumpulan ulama di Semenanjung.

Manakala, sepanjang Muktamar PAS 2015 baru-baru ini, habuan berupa tajaan tiket kapal terbang, penginapan dan transport sepanjang muktamar telah diberikan kepada perwakilan tertentu dari Sarawak.

Akibat daripada sikap dan perbuatan Pesuruhjaya PAS Sarawak itu, Orang Kanan yang keluar PAS itu tidak boleh menerima tindakan Hj Adam tersebut.

Sebagai orang nombor 1 dalam PAS di Sarawak, Hj Adam hendaklah bersikap neutral dan bukan menjadi tali barut kepada pihak PAS di Semenanjung.

Bukan itu sahaja, Hj Adam hanya tahu mengarah orang lain dan bercakap di belakang orang.

Maklumat yang kami terima juga menyatakan konflik dalaman PAS Sarawak juga semakin teruk di mana terdapat beberapa kawasan yang akan ditandingi PAS akan memboikot Hj Adam.

Bagai retak menunggu belah, hasrat PAS Sarawak untuk memenangi satu DUN di dalam PRN Sarawak akan datang hanya tinggal angan-angan sahaja.

Persoalan sekarang, mampukah Hj Adam mengekalkan jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak pada kali ini?
 

BN SARAWAK TIADA MASALAH JEMPUT PEMIMPIN PKR HADIRI PROGRAM BERSAMA


Keadaan ini mungkin sangat asing di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sarawak. 

Biarpun berbeza idealogi politik, tetapi disebabkan semangat setia kawan dan kawasan DUN yang bersebelahan, ADUN Kalaka Datuk Wahab Aziz tidak keberatan menjemput ADUN Krian Ali ak Biju dari PKR untuk sama-sama menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Perasmian Sempena 10 Tahun Rumah Panjang Melong Atas Tahun 2015.

Melihat kepada keadaan di atas, jelas bahawa landskap politik di Sarawak lebih profesional berbanding apa yang sedang berlaku dalam UMNO sendiri khususnya yang membabitkan pemimpin tertinggi mereka. 

Pertelingkahan antara Najib Razak dan Mahathir Mohamad sehingga membabitkan puak-puak mereka ketika ini jelas memberikan kelebihan kepada pembangkang. 

Jika isu ini berlarutan tanpa sifat tolak ansur antara kedua-dua pasti PRU 14 akan datang menjadi cabaran besar sekaligus dalam mengekalkan pemerintahan yang sedia ada. 

Kepada Najib mahupun Mahathir, ini bukan masanya untuk memikirkan kepentingan peribadi sebaliknya memikirkan akan kepentingan rakyat dan negara. 

Biarlah Najib yang kini memegang jawatan Perdana Menteri menjalankan tugas yang diamanahkannya seperti mana dalam sumpah dan aku janji ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. 

Kepada Mahathir sumbangan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri akan sentiasa diingati. 

Berilah peluang kepada Najib Razak untuk mentadbir Malaysia dengan cara sendiri tanpa perlu provokasi hingga mengancam pemerintahan negara. 

Jika Mahathir sayangkan Malaysia inilah masanya untuk membuktikannya dengan cara biarlah pemimpin yang sedia ada kini yang menentukannya. 

Ini kerana pemimpin yang sedia ada kini mampu menggalas tugasan ini sesuai dengan masa dan zaman yang penuh mencabar. 

 

RAKYAT DUN BETING MARO TOLAK CALON PASMA


Muktamar PAS yang sedang berlangsung ketika  ini secara langsung telah mendedahkan kepada rakyat di DUN Beting Maro bahawa calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang yang dicadangkan bertanding pada PRN Sarawak akan datang itu merupakan kumpulan PASMA yang dinaungi Mat Sabu. 

Dalam perebutan jawatan AJK Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Sarawak itu hanya memperoleh 325 undi dan tersingkir daripada perebutan jawatan AJK Pemuda PAS Pusat. 

Keputusan pemilihan Pemuda PAS Pusat menyaksikan pendatang baru Nik Mohamad Abduh bin Nik Abddul Aziz yang dikategorikan sebagai golongan ulama menang sekaligus menguasai Pemuda PAS Pusat. 

Kehadiran PASMA ini tidak diterima majoriti ahli-ahli PAS yang menganggap mereka ini telah terkeluar daripada ajaran Islam sebenar sehingga sanggup menolak hukum Hudud. 


Kekalahan golongan PASMA ini pastinya memberikan kelegaan buat golongan ulama yang kembali menguasai PAS Pusat. 

Dengar-dengar cerita kekalahan Abang Ahmad Kerdee dalam pemilihan Pemuda PAS Pusat telah membuka ruang kepada Pesuruhjaya PAS Sarawak menjadi calon pilihan di DUN Beting Maro. 

Cakap-cakap rakyat DUN Beting Maro mereka terpaksa menolak calon PAS Abang Ahmad Kerdee disebabkan baharu mengetahui beliau tergolong dalam kumpulan PASMA pimpinan Mat Sabu. 
 

ADENAN INVITES STATE PKR CHAIRMAN TO JOIN BN FOR THE PROGRESS OF LUN BAWANGS


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak chairman Baru Bian has been invited to join the state Barisan Nasional (BN).

The invitation came from none other than state BN chairman cum Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, who said joining BN would enable the Ba Kelalan assemblyman to help his Lun Bawang community to truly progress.

When announcing the approval of nearly RM30 million worth of projects here, mostly for the Lun Bawang heartland of Ba Kelalan, Adenan said Baru is with the ‘wrong crowd’ as only the BN government can deliver the goods needed by the people as opposed to the opposition’s token promises.

“Please feel that you are among friends. I will try to get the prodigal son to come back,” he quipped in a speech directed at Baru, who was among the guests at the Irau Aco Lun Bawang 2015 festival, at Long Tuma in Trusan yesterday.

Baru was seen smiling at the proposition but later declined to comment on the unexpected public invitation from Adenan.

Meanwhile, the Chief Minister also reiterated his firm stand against religious bigotry and racism, calling on the Lun Bawang community to be proud of their roots and cultural heritage.

He again promised Christians that as long as he is Chief Minister, they would be free to use the word ‘Allah’ in their worship.

Adenan added his appeal for another term to carry out his plans for the state.

“I need the support of all Sarawakians to give five years of my own mandate to speak from a position of strength for all Sarawakians in negotiations with the federal government and Petronas to make more concessions to benefit the state.

“I need another five years not because I want to continue be the CM but continue this cause,” he said.

Meanwhile, Adenan announced the approval of RM29.2 million worth of projects here this year — reviving the stalled Lawas-Long Sukang road (RM15 million), which connects to Ba Kelalan; Trusan-Briwan road (RM 11.2 million); and Long Tuan Service Centre (RM 3 million).



 

TAHNIAH PAS ATAS PERASMIAN PEJABAT PAS KAWASAN SANTUBONG



Tahniah di atas pembukaan rasmi Pejabat PAS Kawasan Santubong yang disempurnakan oleh Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pada 18 Mei lepas di Bandar Baru Samariang. 

Pembukaan pejabat PAS Kawasan Santubong ini telah membuka lembaran baru bagi politik di Santubong di mana ketika ini BN-PBB terlalu kuat bagi mana-mana parti politik di kawasan itu. 

Selepas beberapa kali pilihan raya telah menyaksikan PKR yang bertanding di kawasan ini menemui jalan buntu dalam menyaingi BN. 

Ini secara jelas membuktikan PKR tidak diterima di kalangan rakyat Santubong. 

Sudah tiba masanya BN memikirkan corak politik baru di Santubong dalam berhadapan dengan PAS sama ada dalam PRN Sarawak mahupun PRU-14 akan datang. 


Kehadiran PAS jangan dilihat sebagai 'budak belasahan' kerana PAS kini semakin diterima rakyat khususnya orang Islam. 

Jadikan kehadiran mereka sebagai batu loncatan untuk berkhidmat lebih baik lagi kepada rakyat khususnya dalam mengotakan janji dan jangan sesekali terlibat dalam rasuah sehingga disiasat SPRM. 

Dengan hubungan PAS dan PKR kini kelihatan renggang, PAS dilihat sangat berpotensi di Parlimen Santubong berbanding PKR yang nampaknya telah tidak diterima rakyat di Santubong. 

Kehadiran PAS juga pasti ditunggu-tunggu rakyat Santubong dengan majoriti pengundinya terdiri daripada orang Melayu. 

Kehadiran PAS di Santubong hendaklah dilihat dalam konteks 'chek and balance' yang mana untungnya ialah rakyat sendiri. 


 

PEMUDA PBB ZON 12 CABAR PKR BUKTIKAN 100 NAMA AHLI KELUAR PBB YANG SERTAI PKR


Minggu ini politik Sarawak dikejutkan dengan kononnya keluarnya ahli-ahli PBB Kampung Datu di DUN Nangka dengan menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak secara beramai-ramai. 

Lebih dramatik lagi, salah seorang bekas ahli PBB DUN Nangka telah mematahkan kad keahlian PBB di hadapan wartawan untuk disiarkan di dalam akhbar tempatan Utusan Borneo dalam usaha mencari publisiti. 

Lebih mengejutkan lagi, seorang orang kuat ahli PBB yang dikenali Roslan Mohd Alwi turut mengambil tindakan yang sama untuk keluar parti.

Mereka dikatakan mengambil keputusan drastik itu kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan kerajaan dan PBB DUN Nangka yang gagal menangani isu kebakaran di Kampung Datu/Hilir sejak dua tahun lepas.

Dengan harapan menyertai AMK dan PKR Sarawak akan membolehkan masalah mereka dapat diatasi khususnya dengan mendapatkan bantuan daripada PKR untuk meringankan beban mereka dalam mendapatkan kembali tempat kediaman. 


Sementara itu, Ketua AMK Sarawak, Raafidin menyambut baik tindakan bekas-bekas ahli PBB itu dan berjanji akan menyelesaikan masalah mereka menerusi kemampuan PKR Sarawak.

Akibat daripada pendedahan itu, ramai di kalangan pemimpin AMK dan PKR Sarawak memviralkan keratan akhbar itu kononnya memberitahu PBB di Sarawak sedang mengalami krisis ketidakpercayaan. 

Namun tidak sampai 48 jam, sekumpulan Ketua Pemuda PBB Zon 12 menggesa Ramzi Ibrahim mengemukakan dan menyenaraikan 100 ahli parti PBB yang keluar parti termasuk juga beberapa ratus ahli PBB yang dijangka keluar parti.

Kini, giliran AMK mahupun PKR Sarawak untuk menjawab pertanyaan sekumpulan Ketua Pemuda PBB Zon 12. 


 

#PRKPermatangPauh SATU UNDI BN BERSAMAAN KESEJAHTERAAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR


Esok merupakan pengundian awal bagi PRK Permatang Pauh dengan jumlah pemilihnya seramai 627 orang. 

Mereka akan membuang undi di dua tempat pusat pengundian dengan kebanyakan mereka merupakan kakitangan polis dan mereka yang akan bertugas pada 7 Mei nanti. 

Kepada mereka yang akan menjalankan tanggungjawab esok, ingatlah bahawa setiap undi anda akan membawa perubahan. 

Satu undi kepada BN bermaksud akan membawa kepada undi kesejahteraan, pembangunan dan undi keamanan. 

Berbeza dengan mengundi PKR yang tiada langsung perubahan malah dikatakan akan sama seperti sebelum ini. Lihat saja berapa lama pembangunan yang akan dicapai oleh Permatang Pauh? Sejak dahulu hingga sekarang pembangunan tiada langsung. 

Satu lagi mengundi PKR bererti DAP dan PASMA yang selama ini banyak menghantui PAS. 

PAS mungkin dianggap sebagai parti pembangkang kerana berbeza idealogi politik dengan BN tetapi dari segi menegakkan syiar Islam mereka sehaluan. 

Justeru, janganlah membazirkan masa depan anak cucu kita dengan mengundi pembangkang. 

Sejahat-jahat kerajaan ketika ini yang dikatakan mengenakan GST, kerajaan ini jugalag yang memberikan keamanan, kesejahteraan dan pembangunan di Malaysia. 
 

#PRKPermatangPauh VIDEO AHLI-AHLI PAS PERMATANG PAUH BERDEMO BANTAH PKR DAN DAP



Selepas solat Jumaat, sekumpulan jemaah qariah masjid dan ahli-ahli PAS di Masjid Batu, Permatang Pauh telah mengadakan demo bagi membantah PKR dan DAP yang selama ini telah campur tangan dalam urusan dalaman PAS.


Sebagai ‘rakan’ dalam Pakatan Pembangkang, kedua-dua parti pembangkang itu harus tidak campur tangan dalam hal dan urusan dalaman PAS yang seperti itu satu perbuatan yang melanggari etika.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger