Header Ads

Header ADS

DBKU Lancar Radio PBT Pertama Di Sarawak


KUCHING: Radio DBKU yang dinamakan radioKU dengan tagline ”Kusss... Semengat!” ini merupakan radio Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Sarawak di mana ia bertujuan mendekatkan hubungan secara langsung dan tanpa sempadan dengan warga kota Kuching Utara.

Soft Launching yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara pada pagi ini merupakan sesi percubaan sebelum dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman  Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak pada hari Rabu, 27 Mac 2019 sempena Agenda Warisan Pintar Old Kuching. Sebaik sahaja pelancaran tersebut, ianya akan bersiaran secara online melalui internet!

Warga kota Kuching boleh mendengar radioKU dengan melayari laman web rasmi DBKU, https://dbku.sarawak.gov.my. 


Warga kota juga boleh memuat turun aplikasi radioKU di Google Play pada masa akan datang.

Pelbagai segmen menarik akan disiarkan seperti Tazkirah, Motivasi Pagi, Hello Kuching!, Porettt Lok!, dan DBKU & Anda dari hari Isnin sehingga Jumaat, jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang mulai 27 Mac 2019 nanti. 

Selain itu, radioKU juga akan lebih meriah dengan 10 orang penyampai radio yang petah bercakap iaitu DJ SheemaDean, DJ Yus, DJ Raj, DJ SB, DJ Sha, DJ Shah, DJ AJ, DJ Sab, DJ Faz, dan DJ Is. 


Kesemua DJ-DJ ini merupakan warga kerja DBKU yang sangat berpengalaman.

Harapan DBKU dengan adanya radioKU ini ianya akan memberi lebih banyak platform dan pilihan untuk menjalinkan kerjasama yang positif dengan warga kota Kuching.


Jika terdapat sebarang pertanyaan/ kemusykilan, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-512 200

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.