Header Ads

Header ADS

PPBM Belum Lagi Ditubuhkan Di Sarawak - Dr Shahruddin


KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum membuat sebarang keputusan mengenai penubuhan cawangan parti itu di Sarawak, kata Setiausaha Agung Datuk Dr Shahruddin Md. Salleh.

Katanya pada masa ini, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sedang mempertimbangkan secara lebih terperinci cadangan itu dan satu Jawatankuasa Khas Penubuhan PPBM untuk Sarawak akan diwujudkan bagi memperhalusinya.

Menurut Fasal 11, perlembagaan Bersatu menetapkan bahawa kuasa meluluskan penubuhan Badan Pimpinan Negeri, bahagian mahupun cawangan di sesebuah negeri atau Wilayah Persekutuan terletak sepenuhnya pada Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

“Bagi Sarawak, Majlis Pimpinan Tertinggi belum lagi meluluskan penubuhan Badan Pimpinan Negeri mahupun mana-mana bahagian serta cawangan di negeri ini.

“Pengerusi Bersatu (PPBM), yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, secara prinsipnya bersetuju dengan hasrat agar Bersatu mengorak langkah ke Sarawak, namun pelaksanaannya masih diperhalusi oleh pucuk pimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, dilaporkan berlaku satu perjumpaan antara pemimpin protem parti PPBM di Kuching bagi membincangkan penubuhan cawangan parti itu di negeri ini.

Namun, seorang daripada pengerusi protem PPBM bahagian, Johan Mohamad menafikan dakwaan itu dan pihaknya tidak terlibat dalam penyebaran berita tidak benar itu. - Bernama

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.