Header Ads

Header ADS

Dr Hazland Sumbang 8 Ekor Lembu Sempena Hari Raya Aidiladha Di Kawasan DUN Demak Laut


KUCHING - Sebanyak 8 ekor lembu telah disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni di 8 buah kampung di kawasan Demak Laut, semalam.
Dr Hazland sendiri telah hadir bagi menyampaikan sumbangan lembu ini kepada wakil-wakil kampung dan turut serta menyaksikan ibadah sembelih yang dilakukan oleh tukang sembelih di setiap kampung.
Antara 8 buah kampung yang menerima sumbangan lembu ini ialah Kampung Tabuan Dani, Kampung Tabuan Lot, Kampung Tabuan Tengah, Kampung Tabuan Hilir, Kampung Muhibbah, Kampung Beradek, Kampung Semilang, dan Kampung Tanjong Bako.
Turut hadir Ketua-ketua masyarakat, Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Kampung (JKKK), Ketua-ketua Ranting PBB, Ketua-ketua Pemuda Ranting PBB, Ketua-ketua Wanita PBB Ranting dan staf Pusat Khidmat DUN Demak Laut. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.