Manchester United Jemput 12 Remaja Terperangkap Di Gua Thailand Ke Old Trafford
LONDON - Pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester United menjemput pasukan bola sepak 'Wild Boars' melawat Old Trafford, susulan kejayaan dramatik usaha menyelamatkan mereka hari ini.
Lima remaja kumpulan terakhir yang berjaya diselamatkan terdiri daripada empat remaja dan seorang juru latih mereka berjaya diselamatkan dari sebuah gua di Thailand selepas 18 hari terperangkap menamatkan misi menyelamat yang dianggap mustahil hingga menarik perhatian dunia.
Semua 12 remaja berusia antara 11 hingga 16 tahun bersama jurulatih mereka sudah menerima jemputan daripada Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino minggu lalu untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia pada Ahad ini di Moscow tetapi mereka mungkin tidak dapat menghadirinya selepas mengalami pengalaman traumatik.
Manchester United menulis undangan itu hanya selepas berita semua mereka berjaya diselamatkan dan dengan musim Liga Perdana yang berlangsung dari Ogos hingga Mei memberi banyak ruang untuk mereka berehat dan pulih membuka peluang bagi mereka untuk menerima tawaran itu.
"#MUFC berasa lega untuk mengetahui pemain dan juru latih yang terperangkap dalam sebuah gua di Thailand kini selamat. Ingatan dan doa kami bersama mereka.
"Kami mahu menjemput pasukan Kelab Bola Sepak Wild Boars dan pasukan penyelamat ke Old Trafford untuk musim ini," tulis kelab itu menerusi akaun rasmi Twitter mereka.
Kelab Inggeris itu yang memperingati ulang tahun ke-60 pengalaman traumatik ketika menaiki Munich Air hingga menjejaskan 'Busby Babes' yang dirayakan - membuat jemputan yang sama kepada 33 pelombong Chile yang terperangkap di bawah tanah selama 69 hari pada 2010. - AFP
No comments