Header Ads

Header ADS

Douglas Sebak Teringatkan Allahyarham Tok Nan Ketika Membentang Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018


KUCHING - Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas secara spontan sebak apabila terkenangkan niat Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem atau Tok Nan ketika membentangkan bacaan kedua Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan), 2018 di sini, Selasa lepas.

Uggah yang sebak beberapa minit berkata Pehin Sri Adenan Satem memilih penyelesaian politik bagi isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) susulan kes mahkamah membabitkan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak dan Tr Sandah Tabau dan lain-lain.

"Walaupun terlantar sakit, Allahyarham Tok Nan sentiasa mengingatkan kami agar menyelesaikan isu ini.

"Ini menunjukkan komitmen tinggi beliau terhadap isu PMPG dan sokongannya bagi menyelesaikan ia menggunakan cara politik," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.


Uggah berkata mereka amat menghargai sokongan yang diberikan Tok Nan terhadap isu PMPG.


Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi  (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg berhubung penyelesaian kemelut tanah. 

"Ketua Menteri mendengar suara rakyat dan memberi maklum balas positif dengan objektif untuk mencari penyelesaian kepada isu ini," ujarnya.

Rang Undang-undang tersebut telah dibahaskan dan diluluskan petang semalam.
Theme images by wibs24. Powered by Blogger.