Header Ads

Header ADS

Buka MARA Dan MRSM Kepada Semua Kaum, Tun Mahathir Tidak Tahu


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak mendapat sebarang maklumat berhubung dakwaan bahawa entiti yang dikhususkan untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera akan dibuka kepada bukan Bumiputera.
Entiti berkenaan adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Mengulas perkara itu, Perdana Menteri berkata, berita mengenal hal itu hanya diketahui daripada pertanyaan pengamal media pada sidang media, petang tadi.
Bagaimanapun, dakwaan itu akan diperjelaskan jika beliau memperoleh maklumat terperinci.
"Saya tidak tahu. Saya dengar daripada awak sahaja (pemberita) sahaja.
"Kalau saya terima maklumat, tanya saya balik," katanya ringkas.
Beliau mengulas mengenai artikel yang disiarkan di www.abuleman.blogspot.com yang mendakwa Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, dalam pertemuan bersama dengan pegawai kanan MARA menyatakan hasratnya mahu membuka MARA untuk semua kaum di Malaysia selepas melawat Ibu Pejabat MARA, baru-baru ini.
Artikel yang memetik sumber itu menyatakan yang Sivarasa mahu menukar nama sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.
Memetik laporan dalam artikel itu, menurut sumber, Sivarasa juga diamanahkan untuk menjaga kepentingan MARA yang sepatutnya dijaga oleh orang Melayu. -BH Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.