Header Ads

Header ADS

Berstatus Kelab Tidak Halang UiTM FC Benam Sarawak Di Stadium Negeri Sarawak


KUCHING - Dua gol pada separuh masa kedua sudah cukup membuatkan UiTM FC mengutip tiga mata penuh menewaskan Sarawak dalam 100Plus Liga Premier Malaysia 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya petang ini. 

Sarawak yang mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol gagal dimanfaatkan apabila beberapa peluang keemasan gagal diterjemahkan ke dalam bentik jaringan di separuh masa pertama.   

Berbeza dengan UiTM FC yang bertali arms melancarkan serangan dari segenap bahagian telah memerangkap pemain-pemain Sarawak. 

Bagaimanapun, UiTM FC turut gagal menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan. 

Memasuki separuh masa kedua, Sarawak telah melancarkan serangan ke kubu UiTM FC dalam usaha mencari gol pendahuluan.

Bagaimanapun, serangan Sarawak gagal menemui gol sebaliknya UiTM FC yang turut melancarkan serangan berjaya membuka jaringan pembukaan menerusi pemain tengah Sagmin Noh pada minit ke 53.  

Gol berpunca daripada percubaan di luar kotak penalti yang berjaya menewaskan Mohamad Firdaus Muhamad. 

Sarawak yang tersentak dengan jaringan itu, telah menyusun strategi dengan melancarkan serangan di kedua-dua bahagian namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan UiTM FC yang diketuai Muhamad Afif Asyraf. 

Beberapa insiden kekasaran turut menyelebungi permaian kedua-dua pasukan dalam usaha mencari gol kemenangan. 

UiTM FC yang diramal memperoleh mata penuh menerusi jaringan tunggal telah berjaya menambah gol dalam masa kecederaan menerusi penyerang simpanan Mohd Zulkifli Zakaria pada minit 90.

Sehingga wisel dibunyikan, Sarawak gagal meneruskan rentak kemenangan dan ini membolehkan UiTM FC mengutip tiga mata di Stadium Negeri, Kuching. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.