Header Ads

Header ADS

Yang di-Pertuan Agong Menunaikan Solat Aidilfitri Bersama 5,000 Jemaah


KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 jemaah di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, pagi ini.
Baginda yang memakai jubah putih, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 8.40 pagi dan turut berangkat bersama baginda ialah Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan dan kerabat diraja Kelantan.
Baginda dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh imam besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Muhammad Hana Pizi Abdullah.
Baginda kemudian mendengar khutbah dibacakan Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Mohamad, bertajuk 'Berhari Raya Mengikut Kacamata Islam'.
Selesai solat, baginda bersama adindanya mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah masjid sebelum berangkat ke majlis penghadapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Tetamu yang hadir turut dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah istimewa masyarakat Kelantan. -BH Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.