Header Ads

Header ADS

Wan Kuzain Cipta Sejarah Anak Malaysia Pertama Jaring Gol Di MLS


KUALA LUMPUR - Wan Kuzain Wan Kamal mencipta sejarah tersendiri apabila muncul anak Malaysia pertama menjaringkan gol dalam kejohanan Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat.

Lebih manis lagi, gol pertamanya bersama kelab baharu, Sporting Kansas City (KC) muncul pada aksi keduanya bersama pendahulu liga berkenaan ketika menentang Minnesota United awal pagi tadi.

Anak kepada Dr. Wan Kamal Wan Napi itu melakukan debut untuk Sporting KC ketika menentang Columbus Crew SC minggu lalu.

Menentang Minnesota, Wan Kuzain dimasukkan pada minit ke 18 bagi menggantikan Yohan Croizet dan 17 minit kemudian, pemain tengah tersebut berjaya meledak gol sulung karier profesionalnya.

Gol berkenaan terhasil menerusi percubaan dari dalam kotak penalti menerusi rembatan kaki kiri Wan Kuzain yang kemudiannya menerjah sebelah kiri bawah gawang Minnesota.

Perlawanan tersebut menyaksikan Sporting KC menang 4-1 sekali gus kembali ke puncak liga dengan dua mata mendahului pasukan di kedudukan kedua, FC Dallas.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.