Header Ads

Header ADS

PETRONAS Failkan Permohonan PDA Di Mahkamah Tinggi Sebagai Undang-Undang Terpakai


KUCHING - Syarikat minyak dan gas nasional (PETRONAS) hari ini telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.

PETRONAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, ia (PETRONAS) adalah pemilik eksklusif sumber petroleum serta pengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

“PETRONAS percaya penentuan oleh Mahkamah Persekutuan akan membantu memberikan kejelasan mengenai hak dan kedudukannya (PETRONAS) di bawah PDA.

“PETRONAS kekal komited untuk menyokong aspirasi Sarawak menyertai dalam industri minyak dan gas di negeri itu selagi ia berada dalam rangka kerja PDA,” kata syarikat itu.

Tindakan mahkamah oleh PETRONAS itu dibuat sebulan sebelum Kerajaan Negeri Sarawak dijadualkan akan mengambil alih kuasa kawal selia penuhnya terhadap aspek huluan dan hiliran industri minyak dan gas di negeri itu melalui Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) yang telah dilancarkan pada 6 Mac lalu.

PETROS diwujudkan atas ilham Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg bagi membolehkan kerajaan negeri memanfaatkan sendiri sumber-sumber minyaknya.

Sebelum ini usaha itu dikuasai Petronas iaitu syarikat yang terletak di bawah kerajaan Persekutuan.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.