Header Ads

Header ADS

Peralihan Jawatan PM Menguntungkan Anwar Merugikan Tun Mahathir



KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan proses peralihan kerajaan baharu yang sedang diusahakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi keuntungan kepada beliau.

Anwar yang mengikut perancangannya bakal menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan memberitahu, beliau terlepas daripada tugas berat untuk memperbetulkan segala yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Ada hikmahnya juga saya bukan Perdana Menteri sekarang kerana tugasnya sangat mencabar, terpaksa bertempur hadapi kekuatan lama, rasuah besar, seluruh sistem kena betulkan, pegawai kerajaan, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Itu tugas berat, saya terlepas, kerja saya sokong sahaja. Kalau Dr. Mahathir berhasil dalam proses peralihan ini, ia menguntungkan saya juga, tidak merugikan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam segmen Terus Terang yang disiarkan menerusi Facebook Invoke Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.