Penyokong Kerajaan Pakatan Harapan Mahu Agong Berhenti Ganggu Kerajaan
KUALA LUMPUR - Para penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminta Yang di-Pertuan Agong supaya berhenti mengganggu kerajaan berhubung cadangan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara.
Melalui komen-komen di media sosial, para penyokong terbabit meluaskan rasa tidak puas hati mereka seolah-oleh mengkritik peranan Yang di-Pertuan Agong kerana mencampuri urusan berkenaan.
Seorang pengguna Facebook, Kok Loo Yeap, berpendapat, Yang di-Pertuan Agong bersikap acuh tak acuh terhadap salah laku dan ketidakadilan terhadap Peguam Negara yang terdahulu.
“Jadi berhentilah mengganggu kerajaan hari ini yang memilih calonnya berdasarkan merit yang ada,” ujarnya menerusi komen pada satu perkongsian artikel oleh Teressa Kok di Facebook.
Seorang lagi pengguna Facebook, Chris The pula berkata, sekiranya Yang di-Pertuan Agong masih menolak cadangan tersebut, maka ia boleh terlaksana mengikut undang-undang selepas 30 hari dan prosedur itu sudah dan pernah dilaksanakan oleh Perdana Menteri.
“Jika perkara itu masih berlarutan, kita tuggu sahaja selepas 30 hari. Apa masalahnya?” ujar menerusi ruangan komen yang sama.
Walau bagaimanapun, kenyataan berbaur merendahkan institusi diraja itu mendapat tentangan daripada Rahman Abdullah II.
Katanya, penyokong Pakatan Harapan (PH) perlu mendesak kerajaan memberi nama lain sebagai calon peguam negara yang beragama islam dan bukannya mendesak Yang di-Pertuan Agong menerima calon bukan islam tersebut.
Sementara itu, Salina Alias menjelaskan dia merupakan antara pengundi PH namun banyak isu yang kurang dipersetujuinya dengan kerajaan sekarang.
“Rakyat mengundi PH untuk jatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Kalau beginilah isunya, tak tahu apa akan jadi pada lima tahun akan datang. Apa-apapun, semoga ketuanan Melayu di Malaysia tidak hilang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
No comments