Header Ads

Header ADS

KPJ Hasil Video Raya Aidilfitri 2018 Dan Adakan Peraduan Ucapan Kreatif Raya


KUCHING - Buat pertama kalinya, KPJ Kuching Specialist Hospital menghasilkan sebuah video Parodi Raya dan mengadakan peraduan ucapan kreatif bersempena dengan sambutan Aidilfitri 2018 ini.
Menurut jurucakap KPJ Kuching, ini merupakan kali pertama pihaknya mengadakan peraduan seperti ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
"Seperti setiap jabatan dan agensi, pihak kami (KPJ Kuching) juga mempunyai video Raya sendiri hasil sentuhan kreativiti staf dan kakitangan yang diberi nama KPJ Lavida Raya Parody.
"Pihak kami mengadaptasi video Raya ini selepas melihat video Raya Lavida Raya-DSV Sayang-Sayang DSV yang nampak ceria dan gembira sehingga menimbulkan idea untuk kami menghasilkan video KPJ Lavida Raya Parody," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bertitik tolak daripada itu, KPJ Kuching turut mengadakan peraduan Ucapan Selamat Hari Raya di facebook miliknya di bawah video Raya Lavida Raya-DSV Sayang-Sayang DSV.
"Kami memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai akaun facebook untuk menyiarkan ucapan Raya di facebook kami bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini.
"Tuliskan ucapan harapan Raya anda dengan di facebook kami https://www.facebook.com/KPJKcSH/videos/10156392812445967/?t=9 di bawah video Raya Lavida Raya-DSV Sayang-Sayang DSV sehingga Hari Raya Ketiga. 
"5 penyertaan terbaik dan kreatif akan menerima 'Executive Health Screening Discount Voucher'.
"Sebelum itu, mohon 'like' facebook KPJ Kuching Specialist Hospital di alamat https://www.facebook.com/KPJKcSH," tambahnya.
Kesempatan ini KPJ Kuching Specialist Hospital mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam yang menyambutnya di Sarawak khasnya dan di Malaysia amnya serta di seluruh dunia.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.