Header Ads

Header ADS

Floyd Mayweather Terima Bayaran Paling Lumayan Di Dunia


LOS ANGELES - Peninju Floyd Mayweather mengekalkan kedudukan tahunan tertinggi 100 atlet dibayar paling lumayan dalam senarai Forbes, namun tiada atlet wanita berada dalam senarai itu buat pertama kali.
Forbes melaporkan, Mayweather, 41, mengungguli penerima bayaran tertinggi dalam sukan selepas memperoleh sebanyak RM1.096 bilion ($275 juta) bagi perlawanan menentang bintang seni pertahanan diri, Conor McGregor pada Ogos 2017.
Dengan tambahan sebanyak AS$10 juta (RM40 juta), dia memiliki sebanyak AS$285 juta (RM1.136 bilion) antara 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018, mengatasi bintang bola sepak Lionel Messi yang meraih sebanyak AS$111 juta (RM442 juta).
Namun, buat kali pertamanya tiada atlet wanita yang mampu berada dalam senarai berkenaan sejak Forbes mengeluarkan ranking berkenaan.
Bintang tenis, Serena Williams yang muncul satu-satunya atlet wanita yang berada dalam senarai di kedudukan ke-51 dengan perolehan AS$27 juta (RM107 juta), terkeluar daripada senarai selepas berehat susulan melahirkan anaknya.
Bekas raja welterweight, Mayweather, yang membuat kemunculan daripada persaraan untuk bertarung dengan McGregor di Las Vegas, mengungguli ranking berkenaan buat kali keempat dalam tempoh tujuh tahun.
Dalam pada itu, McGregor berada di tangga keempat dengan bayaran AS$85 juta (RM339 juta) dan tambahan AS$14 juta (RM56 juta) bagi menjadikannya keseluruhan nilai kepada AS$99 juta (RM395 juta).
Pemain bola Brazil, Neymar berada di tangga kelima dalam senarai berkenaan dengan AS$90 juta (RM359 juta) - AFP

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.