Israel Meluluskan Pembinaan 2,070 Penempatan Haram Yahudi Di Tebin Barat
BAITULMUQADDIS - Israel meluluskan pembinaan sebanyak 2,070 penempatan haram baharu di Tebing Barat, menurut badan pemerhati Peace Now kepada AFP.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata bahawa beliau akan memohon kelulusan daripada sebuah jawatankuasa perancangan untuk meluluskan pembinaan 2,500 buah rumah di 30 penempatan di Tebing Barat.
Menurut Lieberman dalam satu kenyataan dikeluarkan pada 24 Mei lalu, kesemua unit rumah berkenaan yang diluluskan adalah untuk pembangunan segera pada tahun ini. - AFP
No comments