Header Ads

Header ADS

Adidas Dominasi Jenama Di Piala Dunia 2018


BERLIN - Adidas sudah memenangi 'pertarungan' pertama ke atas seteru utamanya Nike sebelum Piala Dunia 2018 membuka tirai selepas mendominasi tajaan jersi sebahagian besar negara bertanding.
Bagaimanapun, jenama sukan Jerman itu yang juga penaja rasmi kejohanan menjangkakan impak kewangan tidak begitu banyak susulan keadaan ekonomi yang buruk.
"Piala Dunia di Russia menawarkan penjanaan kewangan yang lebih rendah berbanding acara yang sama empat tahun lalu di Brazil," kata Ketua Pegawai Eksekutif Adidas, Kasper Rorsted.
"Pada masa yang sama, kami sudah tidak sabar mengintai peluang ini. Ia akan menjadi cara yang hebat untuk kami mensasarkan jenama kami ke peringkat global."
Sejak 2014, Adidas menjana peningkatan jualan dalam pelbagai barangan lain berbanding bola sepak, dengan mengatasi Nike dari segi penjualan kasut bola keranjang dan kasut sukan dalam pasaran Amerika Syarikat.
Begitupun, bola sepak kekal sebagai imej penting untuk syarikat berkenaan, yang mana mereka sudah menaja bola Piala Dunia sejak 1970 dan perjanjian itu berlanjutan sehingga 2030.
Adidas juga sudah mengumumkan minggu lalu yang jenama sukan Jerman itu akan meneruskan kerjasama dengan Liga Juara-Juara sehingga 2021.
Selepas Nike menaja jersi kebanyakan negara pada edisi 2014 Brazil, Adidas kembali bangkit tahun ini dengan menaja 12 daripada 32 pasukan yang bertanding termasuk Jerman dan Sepanyol serta tuan rumah Russia.
Nike yang mula berkecimpung dalam bola sepak sejak Piala Dunia 1994 di AS, menaja 10 negara termasuk Brazil, Perancis dan England. - REUTERS

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.