Header Ads

Header ADS

Tiada Kenaikan Gaji Tahunan Dilaksanakan Kerajaan Negeri Sarawak - Pejabat Ketua Menteri


KUCHING - Pemberian kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam kerajaan negeri belum dapat dibuat sehingga pelaksanaan dilakukan di peringkat kerajaan persekutuan.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kerajaan persekutuan sehingga kini tidak melaksanakan pemberian Satu Kenaikan Gaji Tahunan (1KGT).

"Sehubungan itu, kerajaan negeri tidak dapat melaksanakan pemberian itu selagi tiada pelaksanaan di peringkat persekutuan kerana Skim Perkhidmatan adalah tertakluk kepada skim yang sama yang diguna pakai di peringkat negeri dan persekutuan," katanya.

Pada April lalu, Sarawak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk penjawat awamnya, selari dengan kenaikan gaji tahunan penjawat awam persekutuan yang dijadualkan berkuatkuasa 1 Julai 2018.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.