Header Ads

Header ADS

Ugutan Bunuh Terhadap Ketua Menteri Sarawak, PBB Buat Laporan Polis


KUCHING - Beberapa cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini telah membuat laporan polis susulan daripada tindakan seorang pemilik media sosial facebook yang menggunakan nama ‘Prince Jimmiey’ didakwa membuat kenyataan ancaman bunuh.
Dalam statusnya, beliau telah membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg dan keturunannya yang boleh diklasifikasikan sebagai ugutan melampau.
"Bunuh jak keturunan opent nis pengggal kepale buat hissna kat jalan raya. Duit yg kerajaan persekutuan bg abes dia rembat," katanya yang komen dimuatkan dalam status terkini.
Di Kuching, Ketua Pemuda PBB Satok Dzamaludin Zainudin bersama beberapa Exconya telah membuat laporan polis di Balai Polis Padang Merdeka di sini semalam.
Turut melakukan perkara yang sama, Pemuda PBB Cawangan Tupong yang diketuai ketuanya Azimi Peter bersama barisan Exco membuat laporan polis di Balai Polis Gita.
Tidak terkecuali Pemuda PBB Cawangan Bukit Kota turut membuat laporan polis yang diketuai Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat di Balai Polis Pusat Limbang, semalam.
Dalam ketiga-tiga laporan polis ini dibuat, mereka mahu polis menyiasat pemilik akaun Facebook tersebut yang membuat kenyataan biadap terhadap ketua menteri.
"Kami mahu pihak berkaitan mengambil tindakan tegas dengan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Kenyataan tidak bertanggungjawab itu berunsur fitnah, bersangka buruk dan cuba menimbulkan perasaan benci rakyat Sarawak kepada ketua menteri,” katanya. 
Selepas ini dijangka lebih ramai pihak akan membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh ini kerana perkara ini suatu yang perlu dipandang serius.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.