Header Ads

Header ADS

Tandukan Minit Akhir Beri Kemenangan Kepada England


VOLGOGRAD - Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane muncul wira England apabila meledak dua gol bagi membantu England menewaskan Tunisia 2-1 dalam aksi sulung Kumpulan G, sebentar tadi.
Tandukan Kane pada masa kecederaan menghadiahkan kemenangan buat skuad The Three Lions selepas kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 sehingga minit ke-90.
Terdahulu, Kane membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-11 tetapi Ferjani Sassi berjaya menyamakan kedudukan buat Tunisia pada minit ke-35.
"Kredit perlu diberikan kepada semua pemain, mereka terus berjuang sehingga tamat perlawanan. Ia membuktikan kami mempunyai semangat juang tinggi bagi mencapai matlamat," kata Kane yang juga kapten England.
England akan berdepan Panama yang tewas 0-3 di tangan Belgium dalam aksi kedua, Ahad ini - AFP

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.