Header Ads

Header ADS

Rakyat Gedong Tingkatkan Sokongan Kepada Perjuangan Kerajaan Sarawak - Naroden


SIMUNJAN - Rakyat Sarawak harus memberikan sokongan penuh ke atas apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan Sarawak terutamanya perkara yang berkaitan dengan hak-hak negeri ini.

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais berkata, Kerajaan Negeri Sarawak kini dalam proses yang melibatkan pihak mahkamah berkaitan mempertahankan hak minyak dan gas Sarawak.

"Dengan pengibaran bendera Sarawak di setiap rumah di kawasan Gedong ini, ianya akan menunjukkan soladariti dan kesatuan di kalangan rakyat menyokong tindakan Kerajaan Sarawak," katanya semasa menghadiri Majlis Penyerahan Bendera Sarawak di Gedong semalam.

Naroden, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong secara simbolik telah menyerahkan sebanyak 500 unit bendera Sarawak kepada Jawatan Kuasa  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gedong Tuan Haji Ali Bujang untuk diedarkan kepada penduduk setempat.

Secara kebetulan, pendengaran permohonan Petronas untuk memulakan prodising terhadap Kerajaan Negeri Sarawak yang diwakili oleh Pasukan Jabatan Peguam Negara (SAG) negeri Sarawak di bawah Artikel 128 (1) Perlembagaan Persekutuan, telah ditunda dari 11 Jun kepada 21 Jun 2018, hari ini.

Mahkamah Persekutuan mempersetujui permohonan Peguam Negara Persekutuan (FAG) menangguhkan sesi pendengaran tanpa memaklumkan kepada pasukan peguam SAG, yang pada ketika itu sudah berada di ibu negara dan kemudiannya hanya dimaklumi mengenai perkara tersebut melalui talipon pada lewat petang sehari sebelum pendengaran berkenaan sepatutnya berlangsung.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.