Header Ads

Header ADS

Beberapa Jalan Utama Ditutup Sempena Raptai Dan Perarakan Gawai Dayak 2018


KUCHING - Polis Daerah Kuching hari ini mengumumkan beberapa jalan di Bandaraya Kuching ditutup bersempena dengan Perarakan Gawai Dayak 2018.

Ketua Polis Daerah Kuching dalam kenyataan media memberitahu beberapa jalan utama ditutup bagi membolehkan penganjur melakukan raptai dan perarakan pada 22 Jun 2018, Jumaat ini.

“Antara jalan-jalan yang akan ditutup ialah Jalan Haji Taha (Masjid Bahagian), Bulatan Sri Aman (Susur Masuk Jalan Padungan), Jalan Gambier/ Jalan Lebuh Jaya, Lampu Isyarat Jalan Borneo (Bangunan UTC dan Hotel Pullman), Lampu Isyarat Jalan Abell/Jalan Petanak dan Susur Jalan Wawasan/Lebuh Wayang.

“Penutupan dan lencongan jalan akan dilakukan pada 21 Jun 2018 semasa sesi raptai penuh yang dijalankan bermula jam 2 petang sehingga sesi raptai selesai dan pada 22 Jun 2018, Jumaat bermula jam 1 petang sehingga 11 malam.

“Bagaimanapun, keperluan penutupan dan lencongan jalan ini bergantung kepada keadaan semasa berdasarkan penilaian alran trafik oleh pegawai polis yang bertugas agar tidak menganggu pengguna jalan raya lain yang melakukan aktiviti harian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menghadiri dan menyaksikan perarakan ini adalah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan ditepi jalan raya dan tidak menganggu aliran trafik. 

“Pihak kami mencadangkan orang ramai dan pengguna yang hadir di perarakan tersebut untuk meletakkan kenderaan di kawasan medan letak kereta Poliklinik dan medan letak kereta berhampiran India Street,” ujarnya.

Perarakan ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Sarawak dan akan diadakan di hadapan Bangunan Tun Jugah, Jalan Abell dan berakhir di Tebingan Kuching.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg dan beberapa Menteri Kabinet Sarawak akan turut serta dalam perarakan itu.

Dalam memeriahkan perarakan, dijangka lebih 3,000 orang awam akan hadir menyaksikan perarakan ini dan turut sama 30 buah motosikal besar pelbagai jenis.

“Peserta akan melalui Jalan Abell (hadapan Bangunan Tun Jugah, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Main Bazaar, Jalan Gambier dan Tebingan Kuching,” katanya. 


No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.