Showing posts with label Bloggers Anak Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Bloggers Anak Sarawak. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013



Terima kasih kepada pengumpul blog yang telah mengemaskini kedudukan terkini blog-blog di Sarawak dalam usaha mempertahankan BN sebagai deposit tetap di Malaysia.

Pesanan kepada Cybertrooper BN inilah masanya membuktikan kesetiaan kepada parti iaitu BN dan jangan jadikan medan ini sebagai menjatuhkan pemimpin BN sesama sendiri.

Jika di Semenanjung, para pembangkang khususnya blogger boleh diangkat menjadi calon (calon mee segera), tetapi di Sarawak biarlah pucuk pimpinan yang menentukan calon yang bersesuaian dan berwibawa serta disenangi rakyat.

Jangan jadikan alam maya sebagai medan cybertrooper menyerang dan memburukkan pemimpin sesama diri demi mengejar kepentingan politik.

Sebenarnya Pakatan Pembangkang tidak kuat dan kebanyakan isu yang dilontarkan tidak menepati kehendaka rakyat seperti mana program tranformasi yang dilham dan dilaksanakan BN. Sebaliknya kelemahan BN Sarawak hanyalah disebabkan sikap sesetengah YB mahupun wakil rakyat serta ahli-ahli parti yang selama ini menyimpan impian politik dengan menidakkan kehendak rakyat.

Monday, February 18, 2013




Seperti sudah kepanasan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PKR Sarawak terdesak dengan melakukan ciplak akaun Facebook Wira Kenyalang (WK) yang juga rakan Bloggers Anak Sarawak (BAS). Ini dilakukan sejak seminggu lalu setelah berasakan ancaman WK dan BAS menganggugat operasi propaganda PKR dan Pakatan Pembangkang di Sarawak.
 

Apakah yang membezakan Wira Kenyalang sebenar dan Wira Kenyalang Palsu PKR? Mudah saja, Wira Kenyalang sebenar proKerajaan dan dilinkkan dengan blog dan twitter. Manakala, Wira Kenyalang Palsu PKR itu bertopengkan BAS dan berhati busuk dengan memberikan gambaran buruk kepada Kerajaan BN pimpinan Najib Razak dan berkiblatkan Anwar.



Perbuatan mereka ini sangat tidak profesional dan menyekat kebebasan media sosial yang berasakan ancaman WK dan BAS ini keterlaluan hingga membuatkan AMK dan PKR Sarawak tidak tidur malam.

Bagi mengelirukan pembaca dan rakan FB WK, Cybertrooper AMK dan PKR Sarawak telah menggunapakai nama Wira Kenyalang di akaun FB dan meletakkan logo BAS. Seperti memperbodohkan diri, empunya FB WK Palsu ini cuba memperdayakan pembacanya konon WK Palsu ini proKerajaan BN sebaliknya mengecam dan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Kerajaan BN.

Itulah taktik dan teknik WK Palsu yang cuba dipermainkan AMK dan PKR Sarawak namun cepat dihidu pembaca dan rakan WK sebenar.

Walaupun diasak sebegitu rupa, WK dan BAS tidak akan berundur seperti kata pepatah pantang mati sebelum ajal demi menegakkan kebenaran dan me’nyah’kan PKR, DAP dan PAS dalam PRU-13 akan datang ini.

WK dan BAS akan terus berjuang bagi mendedahkan dan melondehkan penipuan Pakatan Pembangkang khususnya PKR dan DAP di Sarawak yang selama ini hanya berkiblatkan Anwar.

Seperti rakan-rakan lain di Semenanjung, kami BAS juga tidak akan membiarkan PKR, DAP dan PAS untuk bertapak di Sarawak dan akan membuktikan bahawa Kerajaan BN pada hari ini adalah yang terbaik di dunia untuk rakyat Malaysia.

Tuesday, January 1, 2013



Ketibaan tahun baru 2013 suatu yang sangat ditunggu semua orang di dunia. Soalan pertama yang selalu ditanya menjelang ketibaan tahun baru, Apakah azam tahun baru? Namun, bukan soalan itu yang akan dijawab sebaliknya sesuatu yang lebih penting daripada azam tahun baru.

Bagi Bloggers Anak Sarawak™ yang ditubuhkan pada bulan Oktober 2012 lepas, pencapaian terbaik yang capainya ialah mengekalkan penguasaan blogger terbaik di Sarawak.

Dalam rating terkini yang dikeluarkan blogger pengumpulblog.blogspot.com menunjukkan rakan-rakan Bloggers Anak Sarawak™ bukan sahaja mengekalkan penguasaan top 10 sebaliknya menyaksikan blogger kolokmee yang suatu ketika berada di kedudukan 20 kini naik ke tangga 9. Lebih mengejutkan blogger keadilanXsarawak yang masih ‘muda’ kini menduduki tangga ke 13 berbanding tangga ke 28. Manakala kuchingitam naik satu anak tangga ke tangga ke 7.

Bagaimanapun blogger UnReportedNews masih mengekalkan kedudukannya di tangga ke 5 juga blogger Wira Kenyalang di tangga ke 3 dan terus menguasai carta blogger Sarawak tidak lain dan tidak bukan Melanau Blogger.

Kedudukan terkini ini sangat membanggakan kesemua Bloggers Anaka Sarawak™ yang berjuang dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang kepentingan politik. Ini suatu yang harus diterima mereka yng sudah lama berkecimpung dalam alam maya bahawa perjuangan yang ikhlas akan menerima balasan yang baik. Seperti juga blogger ‘nyamuk’ yang bertapak di Semenanjung, Bloggers Anak Sarawak™ yang berlambangkan ‘Boyak’ kini sudah menampaknya taringnya.


Dengan kedudukan terkini ini membuatkan Bloggers Anak Sarawak™ akan terus berusaha dan mencapai misi dan matlamatnya ialah BN mencapai majoriti 2/3 dalam PRU-13.

Terima kasih kepada pembaca-pembaca setia Bloggers Anak Sarawak™ dan kami akan menyajikan cerita-cerita menarik lagi panas untuk tatapan pembaca alam maya menjelang PRU-13 sama ada mengenai politik Sarawak mahupun politik nasional.

Kepada bloggers pro Kerajaan dan bloggers jalanan yang lain teruskan perjuangan anda demi masa depan anak cucu cicit kita dan agama, bangsa dan tanahair.

Tahniah juga kepada Blogger Pengumpul Blog yang berjaya naik 2 anak tangga dalam senarai terkini 30 Blogger di Sarawak.

Kredit Kepada Blogger pengumpulblog.blogspot.com  

Saturday, December 22, 2012



Terima kasih buat pembaca sama ada yang menyokong BN mahupun Pakatan Pembangkang yang selama ini mengikuti perkembangan politik Sarawak dan Semenanjung Malaysia serta Sabah menerusi blog Wira Kenyalang dan rakan-rakan bloggers dari Sarawak. Penubuhan ‘team’ Bloggers Anak Sarawak™ © yang diwujudkan bagi menyelaras aktiviti bloggers yang terdiri daripada anak-anak Sarawak yang menyokong aspirasi Kerajaan tanpa sebarang prejudis dan keraguan yang munasabah telah berjaya membuahkan hasil biarpun belum sampai 3 bulan.

Team Bloggers Anak Sarawak™© ini disertai Melanau Blogger™, Wira Kenyalang™, UnReportedNews™©, Kuchingitam, Sarawak Kolok Mee™ dan Keadilan X Sarawak™. Kesemua mereka ini mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tiada bandingannya. Ini menjadikan team Bloggers Anak Sarawak™© sangat berbeza jika dibandingkan dengan Unit Media Baru (UMB) di Sarawak.

Dalam rating terbaru blogger yang dikeluarkan pengumpul blog yang dikemaskini 22.12.2012, team Bloggers Anak Sarawak™ © berjaya menduduki tempat yang sangat membanggakan.


Melanau Blogger di kedudukan 1, Wira Kenyalang di kedudukan 3, UnReportedNews di tangga ke 5, manakala Kuchingitam dikedudukan ke 8. Sarawak Kolok Mee yang menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin sebagai bahasa pengantar menduduki tangga ke 20 dan rakan paling bongsu dalam Bloggers Anak Sarawak™ © Keadilan X Sarawak berjaya menempatkan diri di tangga ke 28 daripada 30 blog yang telah dikenalpasti oleh blogger http://pengumpulblog.blogspot.com.

Bloggers Anak Sarawak™ © ini diwujudkan bagi menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan yang selama ini beraspirasi dalam menjaga kebajikan masyarakat, menghulurkan pembangunan yang diperlukan dan menjadikan Malaysia mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Semua ini bersesuaian dengan matlamat dan hasrat Kerajaan menerusi pendekatan transformasi dan 1Malaysia.

Kepada semua pembaca blog team Bloggers Anak Sarawak™© mengharapkan agar fakta dan realiti artikel yang dipaparkan Bloggers Anak Sarawak™© akan dapat menyalurkan info yang sememangnya eksklusif. Untuk PRU-13 akan datang ini, team Bloggers Anak Sarawak™© akan menyalurkan maklumat terus untuk pembaca mengetahui aktiviti mahupun politik semasa di Sarawak dan peringkat Nasional.

Kepada rakan-rakan bloggers di Semenanjung Malaysia yang prokerajaan, kami Bloggers Anak Sarawak™© sentiasa bersama anda demi memastikan PRU-13 akan datang milik BN dalam menjayakan transformasikan seperti yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai rakyat Malaysia yang selama ini berterima kasih di atas komitmen Kerajaan dalam membangunkan Sarawak khasnya dan Malaysia amnya, hanya dengan cara ini (berblog) akan dapat menjadikan BN sentiasa mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia.

1Malaysia Tolak Fitnah
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!