Saturday, June 2, 2018

Caruman KWSP Kepada Suri Rumah Tidak Dapat Dilaksanakan


KULIM – Kerajaan akan mengkaji peruntukan undang-undang bagi membolehkan pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah dilakukan secepat mungkin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya telah bertemu pengurusan tertinggi KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memperincikan skim caruman bagi merealisasikan janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita dapati ada peruntukan perunda­ngan yang tidak membenarkan pelepasan ini, maka kita nak lihat macam mana ia boleh dilaksanakan se­cepat mungkin,” ka­tanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di rumah mangsa tragedi lemas di Kampung Baru Tambahan Sungai Kob di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Ahli Parlimen Padang Serai, M. Karupaiya.

Sebelum ini dilaporkan caruman KWSP untuk golongan suri rumah melibatkan dua peratus daripada gaji suami tidak akan membabitkan caruman tambahan.

Wan Azizah berkata, sebalik­nya caruman yang dicadangkan sebelum ini iaitu dua peratus yang akan dipotong daripada 11 peratus caruman KWSP suami.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pelaksanaan itu perlu dilakukan segera bagi melaksanakan janji manifesto 100 hari Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Dalam proses pelaksanaan ini juga, terdapat mekanisme yang boleh dibuat secara sukarela daripada suami untuk membuat caruman.

“Semua ini memerlukan usaha kerjasama melalui Kementerian Kewangan dan Menterinya, Lim Guan Eng,” katanya. -Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment