Tapi taklah sampai membe­lakangi elemen-elemen kenegaraan. Ini sambutan Hari Raya Aidilfitri, takkanlah Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming tidak sensitif langsung sehingga sanggup memuatkan ucapan Aidilfitri bertemakan negara a­sing dalam Facebooknya.

Bukan sahaja Aidilfitri, kalau ucapan perayaan Krismas, Gong Xi Fa Chai dan Deepavali pun tidak boleh.

Ini tidak. Tergamak Kor Ming menyertakan gambar rumah api berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan dise­litkan perkataan In God We Trust serta Lord, Guide Our Nation Back To You dan motif tangan berdoa.

Gambar rumah api yang tertera seper­ti diambil melalui laman web DrJamesDobson.org yang merupakan pengasas organisasi konservatif Kristian Amerika, Focus On The Family.

Adakah Kor Ming sengaja mahu memancing viral setelah DAP kalah teruk dalam tiga pilihan raya baru-baru ini. Pertama pilihan negeri di Sarawak Mei lalu, disusuli dua pilihan kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila mengepalai PAN, parti yang baru setahun jagung.

Tidak hairanlah netizen mengecam tindak tanduk Kor Ming ini sebagai ‘tidak sensitif’ dan ‘bodoh’.

“Pergi belajar macam mana rupa bendera Malaysia. Anda mahu ucap selamat Hari Raya kepada umat Islam, tetapi anda terlalu bodoh. Tidak tahu sama ada anda buta atau memang bodoh,” kata pengguna Facebook, Rocky Tan.

Namun buat Rocky dan netizen yang menghentam teruk Kor Ming, anda jangan pelik dengan perlakuan orang kuat DAP Perak ini.

Pada tahun 2009, Kor Ming secara tiba-tiba ‘boleh pula’ baca ayat Al-Quran surah ‘Aura’, yang menimbulkan persoalan sehingga kini siapakah yang mengajarnya untuk membaca ayat tersebut?

Bacaan pun salah. Seolah-olah mempermainkan Islam.

Pada 13 November 2009 juga, Wong Kar Woh (ADUN Canning yang juga bekas Setiausaha Kelab Penyokong kerajaan pakatan Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10) dalam Dewan Undangan Negeri ketika mengulas bajet negeri.

Menteri Besar dari pakatan pembangkang waktu itu, Mohammad Nizar Jamaluddin tidak kisah langsung ayat suci al-Quran yang dipermainkan Kar Woh.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan sumbangan hari raya yang diadakan di masjid itu.