RAMAI AHLI PERNIAGAAN, ORANG KENAMAAN DAPATKAN PENGAWAL PERIBADI DAN CERMIN KALIS PELURU



Lebih ramai ahli perniagaan dan orang kenamaan kini mahu mendapatkan khidmat pengawal peribadi bersenjata dan melengkapkan kenderaan kegunaan mereka serta keluarga dengan cermin kereta kalis pelure. 

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapha Ali, tidak menolak kemungkinan fenomena itu berlaku berikutan peningkatan mendadak kes jenayah menggunakan senjata api kebelakangan ini, terutama serangan membabitkan pembunuh upahan. 

"PPKKM akan mengadakan perbincangan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat bagi merancang program untuk melatih lebih ramai pengawal peribadi dan pengawal keselamatan bersenjata. 

"Ada kira-kira 800 syarikat keselamatan berdaftar di negara ini, yang mempunyai sekitar 200,000 pengawal keselamatan tetapi hanya kira-kira 10 peratus daripada mereka yang mempunyai lesen membawa senjata api. 

"Dulu, kita ada ramai bekas tentera dan polis yang mahu menjadi pengawal keselamatan dan mereka sudah ada pengalaman guna senjata api tetapi kini tidak ramai dalam kalangan mereka memilih kerjaya ini. 

Justeru, kita perlu melatih dalam kalangan orang awam," katanya.

Beliau menegaskan seseorang calon perlu lulus saringan keselamatan, kesihatan mental dan fizikal, mempunyai rekod bersih, terbukti bertanggungjawab serta lulus latihan senjata sebelum diberi lesen 'membawa dan menggunakan' senjata api. 

"Gaji mereka pula antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa selain bergantung kepada ketangkasan, pengalaman berkhidmat sebagai polis atau tentera serta sama ada memiliki kemahiran seni mempertahankan diri. 

"Bagaimanapun, individu yang mahukan perlindungan untuk tujuan tertentu boleh juga mendapatkan khidmat pengawal peribadi bersenjata berdasarkan tempoh berapa jam yang diperlukan," katanya. 

Sementara itu, jurucakap sebuah syarikat pembekal cermin keselamatan, STEC Laminates, berkata syarikatnya menerima purata lima panggilan seminggu sejak tiga minggu kebelakangan ini, daripada pelanggan yang bertanya mengenai pemasangan cermin kalis peluru untuk kenderaan. 

"Sebenarnya syarikat kami menghasilkan cermin keselamatan bagi perniagaan seperti kedai barangan kemas dan pengurup wang selain untuk kegunaan premis perniagaan serta kediaman, kebanyakannya untuk pasaran eksport. 

"Namun, sejak peningkatan kes tembak-menembak di sini, ramai yang bertanya mengenai cermin kalis peluru untuk kenderaan dan kami merujuk mereka kepada pelanggan kami yang melakukan kerja pemasangan cermin kalis peluru ini. 

"Harga bergantung kepada kenderaan dan ketebalan cermin, yang berfungsi mengurangkan kelajuan serta menghentikan peluru daripada menembusinya. Ia berupaya menahan antara tiga hingga enam das tembakan pada satu-satu masa," katanya. 

Jurucakap sebuah lagi syarikat, Secuglass Sdn Bhd, berkata semakin ramai pelanggan kini mahu menggantikan cermin biasa di kediaman masing-masing dengan kaca balistik iaitu sejenis cermin kalis cahaya yang juga kalis peluru.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 27, 2016 at 7:41 PM

SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN

KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

TERSEDIA: 085222846347
JUAL TUYUL PESUGIHAN
PESUGIHAN UANG GAIB

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger