NGA KOR MING DIIBARATKAN SEBAGAI SAMSENG JALANAN


Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai samseng jalanan yang biadap dan gemar mencetuskan polemik murahan. 

Shahril berkata, tindakan pemimpin DAP itu tidak melambangkan individu punya pendidikan atau peradaban manusia normal selain penghasut bersiri yang sudah berkali-kali melakukan perkara serupa bagi memecahbelahkan rakyat Malaysia. 

"Setiap kali melakukan kesalahan atau melemparkan tohmahan, Kor Ming akan menafikan bahawa sesuatu kenyataan itu adalah darinya sendiri sebaliknya menyalahkan pegawai atau penyokong DAP yang kononnya mempunyai akses kepada laman Facebooknya. 

"Sebarang tindakan memuat naik kenyataan atau gambar tidak mungkin dilakukan tanpa arahan atau kebenaran Kor Ming sendiri. 

"Maka tidak hairanlah kali ini pun beliau masih menggunakan pendekatan yang sama iaitu menghasut, menimbulkan amarah, padam entri Facebook, menafikan, tetapi masih mengulangi kesalahan sama," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. 

Shahril berkata, tindakan Kar Ming mungkin mendapat restu pimpinan Pakatan Harapan sekali gus menggantikan Tian Chua sebagai penghasut bersiri. 

Katanya, orang ramai boleh menilai sendiri kemelut DAP yang hanya melolong retorik kosong, tetapi sebenarnya dipenuhi penghasut dan pemimpin bacul penakut yang juga tak berani mengambil tanggungjawab atas perbuatan sendiri. 

Sehubungan itu, pemuda UMNO akan terus mendesak tindakan undang-undang supaya Kor Ming tidak lagi merosakkan kestabilan negara, serta tidak ada rakyat termakan dengan fitnah dan tohmahan politik kotor ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger