1MDB BIDAS PEMBOHONGAN TONY PUA


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

Kami merujuk laporan berita dalam talian hari ini, yang memetik pelbagai kenyataan oleh YB Tony Pua berhubung kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dipersetujui oleh 1MDB dan IPIC baru-baru ini. 

Di bawah ialah penjelasan 1MDB:

1. Kementerian Kewangan mahupun Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan untuk transaksi komersial baru-baru ini di antara 1MDB dan IPIC.

2. Adalah diketahui umum bahawa pada 2012, IPIC menerbitkan jaminan untuk pembayaran faedah dan pokok (principal) ke atas dua bon bernilai USD1.75 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB, berjumlah USD3.5 bilion dalam bentuk pokok (principal) dan hampir USD2 bilion dalam bentuk faedah. Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan ke atas mana-mana bon ini. 

3. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi YB Tony Pua untuk mengatakan bahawa kertas terma ikatan (binding term sheet) di antara 1MDB dan IPIC, yang merupakan sebuah transaksi komersial, telah mengakibatkan tanggungan jaminan yang berlebihan kepada Kerajaan Malaysia. Adalah diketahui umum bahawa Kerajaan hanya mengeluarkan satu “surat sokongan”, dan ini adalah untuk bon lain yang diterbitkan oleh 1MDB bernilai USD3.0 bilion (kira-kira RM11.35 bilion). Secara keseluruhan, pihak Kerajaan hanya memberikan jaminan yang jelas (explicit guarantee) untuk RM5.8 bilion dari keseluruhan hutang 1MDB.    

4. YB Tony Pua dengan sengaja telah mengelirukan orang ramai apabila tidak menyebut syarat penting “dan sebaliknya” (“and vice versa”) berhubung dengan tanggung rugi (“indemnity”), dengan kata lain, tanggung rugi (indemnity) terpakai bagi kedua-dua pihak – kepada IPIC dan juga 1MDB – berhubung dengan pelaksanaan kewajipan oleh kedua-dua pihak. Tanggung rugi (indemnity) dua hala sperti ini adalah klausa standard dalam transaksi-transaksi komersial untuk memastikan tiada pihak yang kehilangan wang (“out of pocket”) jika satu pihak lagi gagal melaksanakan tanggungjawabnya.  1MDB mengesahkan bahawa kami berhasrat sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab kami mengikut kertas terma ikatan (binding term sheet) tersebut. 

Kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dilaksanakan dengan IPIC adalah merupakan komponen utama pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. 

Kejayaan pendekatan ini telah dibuktikan oleh pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini oleh 1MDB. 

Rundingan komersial sedang berjalan secara berterusan di antara 1MDB dan IPIC untuk mencapai perjanjian muktamad, yang seterusnya akan menyaksikan pengurangan lebih kurang RM16 bilion hutang 1MDB. 

1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
 

SHAFEE ABDULLAH DESAK TONY PUA LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN DAN AHLI PAC



Orang ini amat ditakuti oleh Anwar Ibrahim. Berkali-kali Anwar Ibrahim cuba menyingkirkan orang ini dan berusaha dengan segala macam untuk mengelakkan orang ini daripada menjadi pendakwaraya. 

Bahkan DAP juga menerusi para pemimpinnya mempersoalkan kewajarannya sebagai pendakwa raya dalam kes liwat Anwar Ibrahim selain memperkecil-kecilkan Peguam Negara yang kata mereka tidak mampu menghalang keinginan orang ini untuk menunjuk kuasa walaupun hakikatnya, memang terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang membolehkan Peguam Negara melantik mana-mana peguam mewakilinya sebagai pendakwaraya.

Setelah sekian lama tidak mendengar ceritanya, hari ini ada juga cerita darinya. Dan kali ini, Shafiee Abdullah mensasarkan Tony Pua, orang yang paling banyak mulut tentang 1MDB. 

Tony Pua juga adalah orang yang paling banyak mempersoalkan peruntukan negara untuk sistem pertahanan dan keselamatan tetapi senyap sunyi apabila sempadan negara bolos disebabkan kelapukan aset-aset pertahanan, bahkan mengambil kesempatan untuk mencaci dan menghina pasukan serta agensi keselamatan yang gagal menghalang penceroboh.

Menurut Shafee, Tony Pua yang juga merupakan salah seorang anggota PAC, perlu meletakkan jawatannya selaku Ahli Parlimen kerana sikapnya yang bias dan bi-partisan.

Perletakan jawatannya itu bagi membolehkan siasatan ke atas syarikat pelaburan negara itu dijalankan secara lebih adil dan telus tanpa dipengaruhi oleh tekanan-tekanan jahatnya. Malah selain daripada Tony Pua, Shafee juga menggesa agar ahli-ahli panel PAC yang kuat mengkritik dan melemparkan tuduhan buruk ke atas 1MDB, lebih sesuai untuk menjadi saksi berbanding sebagai panel.

Tindakan tersebut adalah perlu bagi menjamin keadilan buat 1MDB tanpa sebarang prejudis daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan penyiasatan PAC.

"Saya perhatikan Tony Pua sebagai ahli PAC telah mengelarkan banyak kenyataan yang akan menjejaskan siasatan ke atas syarikat tersebut. Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar dia meletakkan jawatan dari PCA sebagai cara mengembalikan keyakinan awam bahawa siasatan tersebut dijalankan secara telus dan adil," kata Shafee.

Menurutnya lagi, gesaan itu dibuat kerana sebagai peguam dan pendukung keadilan, di atidak mahu PAC dilihat sebagai tidak adil ke atas 1MDB memandangkan kes tersebut mendapat perhatian awam.

"Ahli-ahli PAC termasuklah Tony Pua perlu bersikap sebagai hakim dalam kes ini, dan bukannya dengan membuat tuduhan serta kenyataan-kenyataan awam. Lebih baik mereka menjadi saksi sahaja sekiranya mereka masih mahu mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu," kata Shafee lagi.

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.com 
 

DAKWAAN WILLLIE MONGIN EMPANGAN BENGOH BERMASALAH BERSIFAT POLITIK MURAHAN


KUCHING – Dakwaan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mambong Willie Mongin berhubung struktur binaan Empangan Bengoh yang dikatakan terjejas sangat tidak berasas.
Kenyataan beliau yang telah disiarkan akhbar tempatan Sarawak sebelum ini hanya bersandarkan kepada sumber yang diperolehinya daripada penduduk kampung tanpa merujuk kepada kontraktor terlibat.
Menurut Ketua Jurutera Konsultan Augustine Ting, masalah struktur binaan yang dikatakan terjejas itu hanyalah sambungan yang sememangnya dibuat bagi menyokong kepada struktur binaan yang lain.
“Sememangnya sambungan itu dibuat bagi menyokong kepada struktur binaan yang sedia ada (not cracking but opening of joint) berdasarkan teori Fizik.
“Sambuangan itu tidak sesekali berbahaya dan memberi kesan kepada struktur bangunan yang sedang dibina itu mahupun ketika proses penakungan air kelak.
“Setiap kerja-kerja pembinaan ini dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan agar struktur empangan ini dapat menampung jumlah air sekiranya siap kelak,” katanya yang ditemui di sini semalam.
Sementara itu, gesaan Willie yang mahukan tenaga pakar bagi membuat kajian bagi mengenal pasti keselamatan struktur empangan itu turut mendapat perhatian pihaknya.
“Sememangnya pihak kami telah melakukan beberapa kajian berhubung struktur empangan ini dalam memastikan ia benar-benar selamat.
“Saya memberi jaminan 100% bahawa struktur empangan ini selamat kerana banyak analisa dan ujian telah dibuat bagi memastikan keselamatan dan ketahanan struktur kekal utuh,” katanya lagi.
Pihak syarikat memberi jaminan bahawa penduduk kampung yang tinggal berdekatan empangan seperti Kampung Bengoh, Kampung Danu, Kampung Semadang, Kampung Giam, Kampung Git dan Kampung Grait tidak perlu risau akan keselamatan mereka.
Kerajaan sangat menitikberatkan hal-hal keselamatan terutama penduduk yang tinggal berdekatan agar pembinaan empangan ini tidak menjejaskan keselamatan mereka.
Empangan Bengoh terletak kira-kira 40 kilometer dari Selatan Bandaraya Kuching dan siapnya nanti mampu menyimpan sejumlah 144 juta meter ;padu air dengan kawasan tadahan seluas 8.77 kilometer persegi.
 

SIFAT PENTINGKAN DIRI SENDIRI, ANGKUH, PEMBODEK, PEMALAS DAN KREADIBILITI DIRAGUI LEMAHKAN BN


Setiausaha DAP telah mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah terkubur dan tiada lagi dalam kamus politik Malaysia. 

Bagaimanapun, ini tidak bermakna pemimpin BN boleh tidur lena dan berpeluk tubuh dalam PRN Sarawak akan datang. 

“Benar, dalam BN sekali-sekala kelihatan seperti ada ‘kelainan nada dan pemikiran’ tetapi pada akhirnya BN mampu bersatu dalam kepelbagaian pendapat kerana kepentingan parti dan majoriti diutamakan.

“BN sebagai sebuah parti politik telah banyak berjasa, kukuh dan sentiasa ke arah hala tuju yang berpaksikan kebajikan rakyat,” kata Abdullah Saidol sambil menambah, BN tidak bersalah.

Jelasnya, apa yang melemahkan BN ialah segelitir pemimpin-pemimpinnya yang mementingkan diri sendiri, angkuh, pembodek, pemalas dan kredibiliti yang semakin diragui.

Majoriti rakyat tidak benci BN dan masih yakin kepada asas perjuangan BN, cuma mereka sudah meluat dengan kerenah beberapa pemimpin yang lupa diri dan tidak bersungguh-sungguh menjaga kepentingan serta kehendak rakyat.

“Dalam kesibukan berpolitik di alaf baharu serta berpropaganda melalui media moden seperti media sosial, kita lupa kepada politik tradisional iaitu budaya turun padang berjumpa rakyat secara santai untuk bertanya khabar dan jangan takut berdepan kritikan.

Demikian juga ada beberapa 'calon' baharu daripada PBB yang dikatakan cuba merisik di beberapa buah kawasan DUN untuk mencalonkan dirinya dalam pilihan raya akan datang. 

Inilah penyakit yang sering melanda BN setiap kali pilihan raya biarpun wakil rakyat itu telah menunjukkan prestasi yang baik di kawasannya. 

Sememangnya politik di Malaysia berlandaskan demokrasi dan sesiapa saja berhak untuk mencalonkan dirinya dalam pilihan raya. Tetapi, perbuatan seperti di atas jelas membelakangkan parti dan mendahulukan kepentingan diri sendiri. 

Masih belum terlambat sekiranya perbuatan sebegini dapat dielakkan agar BN tidak terkubur seperti Pakatan Rakyat. 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2015/06/18/perpecahan-pr-bukan-kejutan-kata-abdullah/#ixzz3dNYgjbAU
 

DAP AKAN BERTANDING DI DUN SATOK, PKR TIDAK LAYAK


Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari tidak perlulah nak "syok sendiri" untuk menjadi calon bertanding di Satok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang kerana DAP sudah ada calon yang nyata lebih baik dari dirinya di kawasan tersebut.

Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa berkata, selain dari Satok, DAP juga akan meletakkan calon di Tupong pada PRN yang akan datang dan kedua-duanya adalah calon Melayu, graduan berumur bawah 30 tahun dan merupakan anak tempatan.

"DAP akan bertanding di Satok kerana saban hari PKR "hampir sunyi" di Satok tambahan kehadiran PKR di Satok adalah "almost zero" (kosong)," tegasnya lagi.

Aziz, yang merupakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata demikian apabila dihubungi Sarawakiana dan ditanya mengenai gerakan #nazib4satok yang lancarkan oleh Nazib baru-baru ini di Fanpage FB beliau untuk menjadi calon di Satok pada PRN yang akan datang.

Mempersoalkan bagaimana Nazib, yang kini bekerja di Kuala Lumpur berniat hendak menjadi wakil rakyat di sini (Satok) walhal hanya "muncul" di ambang pilihanraya, Aziz menyifatkan tindakan Nazib yang sudah membuat poster untuk bertanding tersebut sebagai "syok sendiri".

"PKR di Petra Jaya bagaikan sudah tidak berfungsi lagi, tambahan pejabat PKR Petra Jaya pun sudah ditutup dan kebanyakan isu atau kes-kes di Satok, Tupong dan Samariang (dalam Kawasan Parlimen Petra Jaya) dikendalikan oleh DAP," dakwa Aziz.

"Takkanlah setelah penat-penat DAP "menebas rumput sehingga padang dah rata dan cantik, pemain pun sudah bersedia untuk berlawan", tiba-tiba nak diserahkan kepada PKR?," persoal Aziz lagi secara sinis.

Menyifatkan PKR hanya mahu menjadi calon tapi enggan bekerja tanpa turun padang, Aziz berkata, pertembungan di Satok pada PRN kelak adalah diantara DAP dan PBB, bukannya di antara PKR dan PBB seperti dulu.

"Lagipun, DAP selama ini telah mengadakan pelbagai program di kawasan Satok seperti program membantu isi borang kebajikan, isi borang baitulmal, 14 program di bulan puasa (yang lepas), menyuarakan isu Taman Mini Satok, isu penjaja Kampung Masjid, isu tanah terbiar di Binamara dan banyak lagi program-program lain tapi, apa yang dah PKR buat selama ini?," persoal Aziz lagi.

Beliau juga mendakwa, penyokong pro-pembangkang di Satok sudah tidak lagi mempercayai PKR malah, lebih mempercayai DAP yang jelas nampak bekerja dan serius membantu orang susah berbanding PKR yang hanya senyap dan muncul masa pilihanraya seperti biskut "Chipsmore".

"Terus terang saya katakan, penduduk di Kampung Tanjong dan Kampung Sinjan dah menolak PKR, dan semua bekas ahli PKR di kawasan sana telah menyertai DAP, tambahan kawasan tersebut sudah dibuka dua ranting DAP," dakwanya lagi.

Ditanya bagai peluang DAP untuk menang di Satok, Aziz menyatakan, kalau DAP tak cuba, bagaimana DAP nak tahu, tapi percubaan DAP bukanlah percubaan yang membuta-tuli atau sebarangan kerana DAP sentiasa turun ke padang.

"Kami sentiasa bertemu dengan penduduk bertanya khabar dan agar kami dikenali dan supaya penduduk melihat kami sebagai wakil rakyat alternatif yang ada," katanya sambil menambah, janganlah tidak dikenali orang namun tiba-tiba muncul untuk bertanding kerana ianya hanya akan menghabis duit parti sahaja.

"Saya anggap tindakan DAP meletakkan calon untuk bertanding di Satok sebagai perlaburan jangka masa panjang, biarpun lambat ianya pasti akan mendatangkan hasil."

Memberi contoh, dahulu kaum Cina di Sarawak tidak menerima DAP namun disebabkan konsistensi DAP yang senang didekati dan berani bersuara, Aziz berkata, kini, mereka memilih DAP.

Untuk rekod, pengundi di berjumlah 10,431 orang dan pada PRN Sarawak yang lepas, penyandangnya iaitu Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg (PBB - BN) telah menang dengan majoriti sebanyak 2,800 undi setelah mendapat 4,691 undi mengalahkan Ahmad Nazib Johari (PKR) yang hanya mendapat 1,891 undi. - Sarawakiana
 

PAS SARAWAK BERGOLAK: ORANG KANAN HJ ADAM KELUAR PAS


Krisis PAS bersama Pakatan Rakyat Sarawak khususnya DAP masih membayangi senario politik pembangkang di Sarawak.

Pun begitu, pergolakan dalaman PAS Sarawak juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi selepas Muktamar PAS Pusat yang telah berlangsung sebelum ini dengan menyaksikan Kumpulan Ulama menguasai kepimpinan tertinggi PAS.

Sejak daripada itu, PAS Sarawak juga menerima tempiasnya apabila sebelum ini calon PAS yang disebut-sebut akan bertanding dalam PRN Sarawak di DUN Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee telah ditolak rakyat Beting Maro. Semua ini berlaku disebabkan gara-gara Abang Ahamd Kerdee tergolong dalam kumpulan PASMA yang diketuai Mat Sabu.

Hari ini, suatu berita yang tidak kurang kontroversinya dan mengaibkan PAS Sarawak apabila seorang “Orang Kanan” Pesuruhjaya PAS Sarawak Hj Adam Ahid telah mengisytihar keluar PAS!

Daripada sumber yang boleh dipercayai, Orang Kanan tersebut telah menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha PAS Pusat semalam.

Orang Kanan itu bukan calang-calang ahli PAS Sarawak yang sudah belasan tahun menganggotai PAS dan mempunyai track rekod kerja yang baik.

Pertembungan dalaman PAS Sarawak semakin rancak sejak baru-baru ini apabila Pesuruhjaya PASA Sarawak itu bertindak menjadi juru kempen atau kepala pengedar “chai”kepada kumpulan ulama di Semenanjung.

Manakala, sepanjang Muktamar PAS 2015 baru-baru ini, habuan berupa tajaan tiket kapal terbang, penginapan dan transport sepanjang muktamar telah diberikan kepada perwakilan tertentu dari Sarawak.

Akibat daripada sikap dan perbuatan Pesuruhjaya PAS Sarawak itu, Orang Kanan yang keluar PAS itu tidak boleh menerima tindakan Hj Adam tersebut.

Sebagai orang nombor 1 dalam PAS di Sarawak, Hj Adam hendaklah bersikap neutral dan bukan menjadi tali barut kepada pihak PAS di Semenanjung.

Bukan itu sahaja, Hj Adam hanya tahu mengarah orang lain dan bercakap di belakang orang.

Maklumat yang kami terima juga menyatakan konflik dalaman PAS Sarawak juga semakin teruk di mana terdapat beberapa kawasan yang akan ditandingi PAS akan memboikot Hj Adam.

Bagai retak menunggu belah, hasrat PAS Sarawak untuk memenangi satu DUN di dalam PRN Sarawak akan datang hanya tinggal angan-angan sahaja.

Persoalan sekarang, mampukah Hj Adam mengekalkan jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak pada kali ini?
 

BN SARAWAK TIADA MASALAH JEMPUT PEMIMPIN PKR HADIRI PROGRAM BERSAMA


Keadaan ini mungkin sangat asing di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sarawak. 

Biarpun berbeza idealogi politik, tetapi disebabkan semangat setia kawan dan kawasan DUN yang bersebelahan, ADUN Kalaka Datuk Wahab Aziz tidak keberatan menjemput ADUN Krian Ali ak Biju dari PKR untuk sama-sama menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Perasmian Sempena 10 Tahun Rumah Panjang Melong Atas Tahun 2015.

Melihat kepada keadaan di atas, jelas bahawa landskap politik di Sarawak lebih profesional berbanding apa yang sedang berlaku dalam UMNO sendiri khususnya yang membabitkan pemimpin tertinggi mereka. 

Pertelingkahan antara Najib Razak dan Mahathir Mohamad sehingga membabitkan puak-puak mereka ketika ini jelas memberikan kelebihan kepada pembangkang. 

Jika isu ini berlarutan tanpa sifat tolak ansur antara kedua-dua pasti PRU 14 akan datang menjadi cabaran besar sekaligus dalam mengekalkan pemerintahan yang sedia ada. 

Kepada Najib mahupun Mahathir, ini bukan masanya untuk memikirkan kepentingan peribadi sebaliknya memikirkan akan kepentingan rakyat dan negara. 

Biarlah Najib yang kini memegang jawatan Perdana Menteri menjalankan tugas yang diamanahkannya seperti mana dalam sumpah dan aku janji ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. 

Kepada Mahathir sumbangan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri akan sentiasa diingati. 

Berilah peluang kepada Najib Razak untuk mentadbir Malaysia dengan cara sendiri tanpa perlu provokasi hingga mengancam pemerintahan negara. 

Jika Mahathir sayangkan Malaysia inilah masanya untuk membuktikannya dengan cara biarlah pemimpin yang sedia ada kini yang menentukannya. 

Ini kerana pemimpin yang sedia ada kini mampu menggalas tugasan ini sesuai dengan masa dan zaman yang penuh mencabar. 

 

RAKYAT DUN BETING MARO TOLAK CALON PASMA


Muktamar PAS yang sedang berlangsung ketika  ini secara langsung telah mendedahkan kepada rakyat di DUN Beting Maro bahawa calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang yang dicadangkan bertanding pada PRN Sarawak akan datang itu merupakan kumpulan PASMA yang dinaungi Mat Sabu. 

Dalam perebutan jawatan AJK Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Sarawak itu hanya memperoleh 325 undi dan tersingkir daripada perebutan jawatan AJK Pemuda PAS Pusat. 

Keputusan pemilihan Pemuda PAS Pusat menyaksikan pendatang baru Nik Mohamad Abduh bin Nik Abddul Aziz yang dikategorikan sebagai golongan ulama menang sekaligus menguasai Pemuda PAS Pusat. 

Kehadiran PASMA ini tidak diterima majoriti ahli-ahli PAS yang menganggap mereka ini telah terkeluar daripada ajaran Islam sebenar sehingga sanggup menolak hukum Hudud. 


Kekalahan golongan PASMA ini pastinya memberikan kelegaan buat golongan ulama yang kembali menguasai PAS Pusat. 

Dengar-dengar cerita kekalahan Abang Ahmad Kerdee dalam pemilihan Pemuda PAS Pusat telah membuka ruang kepada Pesuruhjaya PAS Sarawak menjadi calon pilihan di DUN Beting Maro. 

Cakap-cakap rakyat DUN Beting Maro mereka terpaksa menolak calon PAS Abang Ahmad Kerdee disebabkan baharu mengetahui beliau tergolong dalam kumpulan PASMA pimpinan Mat Sabu. 
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger