CHONG CHIENG JEN DIMALUKAN ADENAN SATEM


Kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem dalam berdebat memang tiada tandingannya.

Pada ucapan penggulungannya di hari terakhir Persidangan DUN Sarawak semalam, beliau menggesa Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen agar menjelaskan pendirian DAP Sarawak akan perlaksanaan hudud di Kelantan yang menjuruskan DAP Sarawak menghentikan sama sekali kerjasama dengan PAS Sarawak.

Apabila, Chong menegaskan DAP Sarawak tetap tidak akan menjalinkan hubungan dengan PAS Sarawak, Adenan dengan berseloroh menggesa beliau mengarah ahli-ahli DAP Sarawak tidak akan memberi undi kepada PAS Sarawak pada PRN kelak.

Chong dengan yakin berdiri dan menjawab, "Ya, saya pasti akan mengarah ahli-ahli DAP Sarawak jangan memberi undi kepada PAS Sarawak."

Di saat inilah, Adenan mencelahnya dengan kata-kata, "Kalau begitu, bolehlah PAS Sarawak tidak memberi undi kepada DAP Sarawak juga."

"No..no.. (tidak..tidak)," kata Chong sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu duduk diam. 

Sumber: Sarawakiana
 

PANGGIL SAYA CM ATAU ADENAN, CUKUPLAH


KUCHING - Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem today abandoned protocol and asked to be addressed only as “CM” minus his official titles or even just as Adenan during official functions.

“It is very tedious for a speaker after another to address me Yang Amat Berhomat Datuk Patinggi Tan Sri Dr Haji Adenan Satem at official functions.

“Just call me CM, cukuplah. So please call me CM or Adenan, though the protocol people may not like that,” he said when winding the debate at the state legislative assembly.

He also appealed to his deputy, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, not to address him as the “beloved chief minister”, prompting laughter from the state lawmakers and members of the media.

“Calling me ‘beloved’ is reserved for my wife, children and grandchildren. I feel embarrassed to be called beloved,” he said, chuckling. 

He further asked the business community, the public and political parties not to put congratulatory messages in the newspapers to mark his birthday or anniversary as chief minister.

“Please spend the money on charities,” said Adenan, who took over as chief minister from Tun Abdul Taib Mahmud on February 28 last year. 

Sumber: MalayMail
 

WAKIL RAKYAT DAP SARAWAK DICABAR DI LUAR PERSIDANGAN DUN SARAWAK


KUCHING - ADUN Pending dari DAP, Violet Yong telah dicabar mengulangi dakwaan seriusnya terhadap Sarawak Energy Berhad (SEB) di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pihak berkenaan mengambil tindakan seterusnya.

Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, jika Yong tidak mahu mengulangi dakwaannya itu di luar DUN Sarawak ia jelas menunjukkan beliau melanggar keistimewaan Dewan dan harus menghapuskan dakwaan itu daripada Hansard.

“Saya mencabar Yang Berhormat bagi Pending (Violet Yong) agar mengulangi dakwaannya kepada SEB itu di luar Dewan ini bagi membolehkan SEB mengambil tindakan susulan serta membawanya ke Mahkamah.

“Adalah sangat tidak beretika untuk membuat tuduhan serius terhadap integriti peribadi dan profesionalisme yang bukan dalam kedudukan untuk mempertahankan diri mereka tanpa sebarang usaha untuk mengesahkan dakwaan ini,” katanya ketika berucap menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kemudahan Awam pada Persidangan DUN di sini, semalam.

Menurutnya ia jelas sekali melanggar hak asasi SEB dan eksekutifnya kerana mereka tidak berada di sana untuk mendengar demi mempertahankan diri atas tuduhan Yong seperti dinyatakan di bawah perlindungan imuniti oleh DUN.

Tambah Awang Tengah, antara kesilapan jelas oleh Yong dalam tuduhannya adalah termasuk pegawai kanan yang disebut adalah bukan ahli Lembaga Pengarah SEB, SEB juga tidak mempunyai kuasa membuat keputusan muktamad mengenai pemberian kontrak dinyatakan.

Jika Violet Yong seorang wakil rakyat yang benar-benar berada pada kebenaran, sahutlah cabaran tanpa perlu berhelah. 

Jangan bimbang bila hendak disaman kerana DAP mempunyai ramai peguam handal yang boleh membantu termasuklah Abdul Aziz Isa. 
 

#PRKPermatangPauh KANAK-KANAK TURUT DIBAWA MENDENGAR CERAMAH POLITIK HINGGA TENGAH MALAM


Ketaksuban ibu bapa yang mendengar penceramah-penceramah PKR dan Pakatan Pembangkang sehingga mengabaikan tanggungjawab ibu bapa apabila sanggup membawa bersama anak-anak mereka sehingga tengah malam. 

Biarpun kejadian ini bukan asing di kalangan penyokong Pakatan Pembangkang, tetapi tindakan mereka itu suatu yang tidak sepatutnya berlaku. 

Sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya menjaga dan memelihara kesihatan anak-anak dan bukannya sanggup mendedahkan anak-anak dengan penyakit. 

Udara di waktu malam adalah sangat tidak baik kepada anak-anak terutama yang masih kecil kerana boleh mengundang pelbagai penyakit. 

Jelas bahawa ibu bapa ini lebih mementingkan kuasa politik berbanding kesihatan anak sendiri yang terdedah dengan bahaya. 
 

#PRKPermatangPauh CERAMAH GST PKR LEBIH BANYAK PEMBOHONGAN DARIPADA KEBENARAN


Pakatan Pembangkang meneruskan kempen politiknya dalam PRK Permatang Pauh ini dengan mengadakan beberapa siri ceramahnya di beberapa markas panas PKR di kawasan PDM yang dikuasainya. 

Seperti biasa setiap penceramahnya yang bukan lulusan ekonomi berebut-rebut berceramah mengenai GST yang menjadi topik utama yang mereka bawa. 

Setiap seorang daripada mereka dalam versi yang berbeza tetapi fokusnya GST. 

Salah seorang penceramahnya yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur, seorang pelakon yang dikenali sebagai Pak Jabit dalam filem Hantu Mak Limah berceritakan pasal kad isian semula yang dibelinya dan dikenakan GST. 

Manakan tidak, katanya apabila dia membeli kad isian semula bernilai RM10 dan dikenakan GST maka beliau dikenakan bayaran sebanyak RM10.60. 

Lebih memeranjatkannya, di dalam kad isian itu nilai kreditnya berjumlah RM9.60 dan dengan bangganya menyalahkan kerajaan kerana mengenakan GST. 

Itulah seorang penceramah PKR yang langsung tidak tahu GST tetapi cuba menjadi hero kononnya seorang yang tahu seolah-olah pakat ekonomi. 

Harapnya rakyat di Permatang Pauh ini tidak terpedaya dengan lakonan penceramah PKR ini yang banyak pembohongan melampau. 
 

#PRKPermatangPauh PENYOKONG PKR MULA MAIN KOTOR


BUKIT INDRA MUDA – Kempen PRK Permatang Pauh yang sebelum ini dikatakan aman kini mula menampakkan keaggresifan apabila penyokong PKR mula bermain kotor dengan mengoyakkan poster calon BN.

Petugas BN telah menghubungi calon BN, Suhaimi Sabudin berhubung insiden itu dan segera melihat kejadian tersebut.

Mengulas mengenai kejadian itu, ternyata Suhaimi menyatakan kekecewaannya ke atas apa yang telah berlaku.

Sepatutnya, penyokong dan ahli PKR dan Pembangkang harus bersabar kerana PRK Permatang Pauh ini diadakan untuk memilih wakil rakyat dan bukannya untuk bergaduh atau sebaliknya.


Setiap penyokong dan ahli Pakatan Pembangkang juga perlu mengawal emosi dalam setiap kempennya agar ia tidak mengundang pelbagai tanggapan negatif ke atas demokrasi yang subur di Malaysia.
 

#PRKPermatangPauh DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG BUAT PUSINGAN U SOKONG PKR


Seperti yang dijangka, PAS Pulau Pinang telah membuat pusingan U apabila menyatakan kembali sokongan mereka kepada calon PKR biarpun sebelum ini nekad untuk memboikot PRK Permatang Pauh ini.

Situasi ini sama seperti yang dilakukan PAS Permatang Pauh yang akhirnya tunduk kepada desakan PKR dan DAP untuk bekerjasama dalam PRK Permatang Pauh biarpun sebelum ini bertegas dengan pendiriannya untuk tidak menyokong calon yang dicalonkan PKR.

Dalam sidang media pagi tadi, ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah, berkata tindakan itu dilakukan selepas bermesyuarat dengan wakil Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat di Markas PAS Alor Pongsu Seribu, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih tetap mendesak Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang untuk menarik balik kenyataan berhubung Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hudud.

"Ini bukan gimik PRK, tapi kami hanya mahu mempertahankan kemenangan pakatan di Parlimen Permatang Pauh.

"Selepas ini, kami juga akan menggerakkan Pemuda PAS negeri untuk membantu jentera PKR, sepanjang tempoh berkempen," katanya.

Keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang itu tiada bezanya dengan sokongan terhadap PKR dan DAP biarpun bermadah bahawa mereka tetap mendesak AMK Pulau Pinang menarik balik kenyataan berkaitan hudud.


Jelas bahawa Pemuda PAS Pulau Pinang tidak berprinsip dan mudah ‘dibeli’ hanya kerana mahu mempertahankan kemenangan di Permatang Pauh.
 

#PRKPermatangPauh CALON BN GENTELMEN MASUKI KUBU KUAT PEMBANGKANG


Calon BN, Suhaimi Sabudin memberanikan diri dengan memasuki kubu kuat PKR di Parlimen Permatang Pauh. Kali ini beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong memasuki kubu kuat PKR di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sama Gagah dengan mendekati peniaga dan orang ramai di Pasar Awam Sama Gagah.

Selepas lawatan itu, Suhaimi memberitahu bahawa beliau yakin dengan sokongan penduduk Permatang Pauh termasuk pengundi Cina. "Hingga hari ini saya sudah mendekati lebih kurang 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi Cina di kawasan Permatang Pauh terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya.

"Penerimaan pengundi semakin baik dan saya berharap momentum ini akan berkekalan hingga ke hari mengundi," katanya.

Beliau dan turut meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra dengan orang ramai di pasar awam berkenaan.


Melihat kepada penerimaan ini adalah tidak mustahil sokongan pengundi khususnya pengundi Cina akan beralih kepada BN seperti mana yang dinyatakan mereka kepada calon BN, Suhaimi Sabudin.
 

WAN AZIZAH BALIK KL BILA KETAHUI SOKONGAN KEPADANYA SEMAKIN MENURUN


Calon PKR Wan Azizah Wan Ismail malam ini terpaksa terbang ke Kuala Lumpur bagi menemai suaminya di Mahkamah Syariah dalam sebutan kes yang melibatkan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Keputusan itu juga dibuat dengan mengambil kira masa kempen masih lama dan apabila mengetahui sokongan penduduk Permatang Pauh semakin berkurangan sejak 3 hari berkempen ini. 

Lihat sahaja waktu walkabout Wan Azizah di pasar malam mahupun di tempat yang dianjurkan PKR di mana sambutan yang pernah diterima suaminya Anwar Ibrahim sewaktu PRU-13 lepas kini semakin berkurangan. 

Kekecewaan itu terpaksa disembunyikan agar penyokong setia PKR selama ini tidak berputus asa untuk berkempen dengan masa berkempen semakin singkat. 

Berbeza sebelumnya apabila PKR yang sering mengadakan ceramah besar-besaran kini sudah tidak lagi memandangkan ada sebahagian tempat yang mereka ingin laksanakan program terpaksa dibatalkan angkara tuan rumah dan penduduk tidak mahu melihat wajahnya. 

Malah, selain Wan Azizah, penduduk juga menjadikan ADUN PKR dan PAS di dalam Parlimen Permatang Pauh ini sebagai sasaran apabila selama ini pemimpin PKR dan PAS tidak menunaikan janji PRU-13 dan tidak menghiraukan permasalahan rakyat seperti di Flat Gerbang Tuna. 

 

PENGUNDI CINA PERMATANG PAUH MULA BERALIH ANGIN


Pengundi Cina di Permatang Pauh sudah lama bosan dengan sikap pemimpin PKR yang selama ini banyak berdusta lagi pembohong. 

Mana tidaknya apabila sudah menang tiada langsung mahu jumpa rakyat yang mengundi. Cakap waktu kempen janji tinggi melangit. 

Ini kali kami tidak akan undi PKR lagi. Cukuplah selama ini kami diperbodohkan. 

Untuk kali ini kami penduduk di Sungai Lembu akan undi calon BN yang kami nampak boleh diharapkan dan berkeyakinan tinggi untuk mewakili kami di Permatang Pauh. 

Bagi merealisasikan hasrat BN, kami akan pastikan semua pengundi Cina di Sungai Lembu ini mengundi BN pada PRK Permatang Pauh. 

Ini kali kami akan bagi peluang kepada BN untuk menang dan mewakili kami di Permatang Pauh. 
 

ORANG MUDA DI PERMATANG PAUH MULA BOSAN DENGAN PKR


PRK Permatang Pauh kali ini sedang menyaksikan pertembungan orang muda dengan orang tua yang mana penentunya ialah pengundi-pengundi muda.

Dalam satu tinjauan umum, rata-rata golongan muda di Permatang Pauh menyatakan kebosanan mereka dengan pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat yang mana hanya tahu berjanji tetapi tidak pernah menunaikannya.

Malah, sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menampakkan batang hidungnya di sini sebaliknya lebih gemar bermain politik dengan mengkritik kerajaan sedangkan kawasan sendiri tidak terjaga.

Apatah lagi mahu menghampiri golongan muda sehingga menyebabkan orang muda menganggap mereka ini tidak mempunyai Ahli Parlimen.

Sementara itu, ada golongan muda yang mengaku mereka pernah menjadi penyokong kuat PKR suatu ketika dahulu, tetapi kini akan beralih arah kepada BN kerana bosan dengan retorik politik keluarga Anwar yang hanya berbohong.

Menurut Jamawi, BN mempunyai potensi besar untuk menang di PRK Permatang Pauh kali ini dengan mengemukakan calon yang lebih berwibawa tetapi perlu menggunakan strategi yang baik.

“Mereka berkata, Anwar dan Wan Azizah tidak pernah menghargai sokongan diberikan pengundi sebaliknya mengutamakan kepentingan keluarga daripada memperjuangkan nasib pengundi,” katanya.


Justeru, anak-anak muda di Permatang Pauh jangan sekali lagi menggadaikan masa depan anda dengan mengundi PKR. Sebaliknya, inilah masa yang sesuai untuk mengubah dan merubah kesilapan yang pernah dilakukan dengan mengundi calon muda BN Suhaimi Sabudin.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger