SESI MEMPERKENALKAN CALON PAS DI DUN BETNG MARO TIADA SAMBUTAN

Kehadiran Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat ke Kampung Kalot pagi tadi dalam rangka lawatan memperkenalkan calon PAS di DUN Beting Maro telah tidak mendapat sambutan dan sambutan dingin.

Hanya sekitar 15 orang sahaja yang diketuai Yang DiPertua PAS Batang Lupar, Abang Ahmad Kerdi hadir bagi menyambut dan bersama Suhaizan Kaiat.

Mengikut perancangan awal, kehadiran Ketua Pemuda PAS itu akan mengadakan pemberian sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada beberapa buah keluarga di DUN Beting Maro.

Selain menyampaikan sumbangan keperluan, PAS juga membawa calon PAS di DUN Beting Maro, Abang Ahmad Kerdi yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Begitupun, program PAS itu tidak mendapat sambutan dengan hanya 2 buah rumah sahaja di Kampung Kalok ini yang terlibat dalam pemberian sumbangan ini manakala rumah yang lain telah menarik diri.

Kesempatan itu juga PAS turut menyampaikan jadual waktu solat bagi kawasan DUN Beting Maro dengan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah.

PAS yakin bahawa mereka mampu menawan DUN Beting Maro sebagaimana keputusan dalam PRN Sarawak 2011 lepas yang menyaksikan calon mereka hanya kalah dengan majoriti tipis.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu telah datang ke DUN Beting Maro bagi mengadakan ceramah kempen pilihan raya biarpun tempoh masa berkempen masih jauh lagi.

PAS kini hanya bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) Sarawak apabila sekutu mereka DAP Sarawak telah mengambil keputusan untuk keluar PR Sarawak.
 
ZURAIDA KAMARUDDIN PERTIKAIKAN AKTA IMIGRESEN NEGERI SARAWAK

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempertikaikan kerajaan Negeri Sarawak berikutan sehingga kini masih belum memberikan sebarang alasan mengapa beliau tidak dibenarkan memasuki Sarawak semasa menjawab pertanyaan media di lobi Dewan Rakyat.

“Sambil menuding jari kepada kerajaan Negeri Sarawak, apakah yang menyebabkan dirinya tidak dibenarkan memasuki Sarawak sedangkan beliau tidak menyertai sebarang perhimpunan seperti BERSIH.

“Saya tidak seperti beberapa pemimpin pembangkang lain seperti S. Ambiga dan beberapa lagi yang menyertai perhimpunan sedang saya hanya memperjuangkan kerja-kerja politik sebagai ahli politik,” jelas Zuraida yang ternyata marah kepada tindakan kerajaan Negeri Sarawak.

Sebagai seorang Ahli Parlimen, mana-mana pemimpin pembangkang berhak untuk menjelajah seluruh negara bagi memperjuangkan politik.

Terdahulu Teresa Kok membuat sidang media dalam mempertikaikan penahanannya semasa hendak melawat Sabah pada awal Mac ini dan kini dalam proses mempertikaikan langkah kerajaan Sabah ke atasnya menerusi undang-undang.

Zuraida Kamaruddin merupakan salah seorang daripada pemimpin pembangkang yang sekarang ini masih lagi tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Bagaimanapun, dalam lawatan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah pun menyampaikan surat dan permohonan kepada Ketua Menteri Sarawak supaya pengharaman memasuki Sarawak dapat ditarik balik.
 
LAGI MALAYSIAKINI MEMFITNAH... KALI INI KE ATAS ADENAN SATEM

Disebabkan takut kepada penerimaan imej Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Pakatan Pembangkang terpaksa ‘create’ atau cipta isu sebagai menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak.

Sejak kebelakangan ini, ramai pemerhati politik mengiakan bahawa rakyat Sarawak khususnya masyarakat Cina telah beralih arah dengan menyatakan sokongan kepada pentadbiran Adenan Satem selepas beberapa polisi yang dilaksanakannya termasuklah berkaitan pendidikan Cina.

Takut kepada perkembangan ini, Pakatan Pembangkang telah memainkan isu yang sememangnya menjadi ‘master mind’ pembangkang dengan menyatakan rundingan royalti minyak Sarawak ‘GAGAL’.

Ini kerana royalti minyak itu juga menjadi sandaran pembangkang dalam mendapatkan sokongan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini tetapi tidak berjaya.

Bagaimanapun, fitnah Malaysiakini segera disangkal oleh Adenan Satem pagi semalam dengan mengatakan rundingan itu BELUM BERJAYA dan MASIH DITERUSKAN.

Berbeza dengan wartawan Malaysiakini, Joseph Tawie yang mengatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak telah mengesahkan perundingan royalti minyak dengan Petronas telah GAGAL.

Pembohongan ini sesuatu yang ketara dan tiada sebab untuk Adenan Satem menyaman atau mengambil tindakan berita yang palsu dan fitnah.

Apakah Malaysiakini ini sudah ketandusan idea terhadap kepimpinan BN Sarawak atau sememangnya label mereka itu sebagai akhbar portal fitnah masih lagi kemas dalam dakapan?

Keberanian Malaysiakini menyiarkan artikel putarbelit ini seolah-olah portal ini bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak dan bersedia untuk menerima apa-apa tindakan perundingan dari Ketua Menteri Sarawak.

Hasutan sebegini seharusnya diambil tindakan tegas untuk mengelak salah faham kerana ini secara tidak langsung juga akan meninggalkan kesan buruk ke atas Petronas‎.
 
DENGAR BAIK-BAIK RAFIZI: PESAWAT BARU GANTI PESAWAT BERUMUR 20 TAHUN

Perolehan pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat Kerajaan ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.

Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.

Pembelian Satu Pembaziran?

Ia jadi membazir kalau setiap tahun kerajaan tukar pesawat VVIP. Kalau ikut rekod, sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri, inilah kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib menukar pesawat VVIP, itupun untuk tujuan mengurangkan kos disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja.

Menurut sumber yang sama lagi, pesawat lama (BBJ 737-700NG) sedang dalam proses untuk dijual – tak semestinya untuk digunakan, tapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi, tunjukkan di mana berlaku pembaziran?

Cakap pasal rundingan terus, DAP Pulau Pinang pun tak menggunakan proses tender terbuka dalam penganugerahan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai lebih RM 4 billion. Kenapa Rafizi tak menyerang disitu?

Tapi bila difikirkan semula, Rafizi memang selalu ada masalah macam ini. Dengan tukang gunting rambut pun kena tipu (rambut tak berapa ada tapi gunting kena RM10), apa lagi cerita hal-hal beli pesawat macam ini.

JAWAPAN RINGKAS TERHADAP TUDUHAN RAFIZI FITNAH TENTANG JET PERIBADI!

Selepas YAB Perdana Menteri mengarahkan Ketua Audit Negara dan selepas ini PAC melakukan forensik audit ke atas 1MDB supaya rakyat tahu kebenaran, Rafizi nampaknya menjadi semakin resah dan gundah gulana.

Nampaknya Rafizi sudah mula sedar bahawa tidak lama lagi rakyat akan tahu bahawa segala tohmahan beliau terhadap PM dan keluarganya adalah tidak benar sama sekali. Menyedari akan hakikat itu, Rafizi hari ini membuat satu tuduhan baru bahawa PM menambah satu lagi "Jet Peribadi" sedangkan PM kononnya sudah mempunyai 5 biji jet peribadi. Ini sebenarnya untuk mengalih perhatian rakyat daripada pembohongan 1MDB yang mereka lakukan.

Izinkan dijelaskan di sini beberapa perkara:-

1) Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia sepertimana dibangkitkan oleh Rafizi adalah bukan "Jet Peribadi", ianya adalah Jet Kerajaan.

2) Jet tersebut dibeli untuk kegunaan Kenamaan Negara bagi menggantikan Jet BBJ yang sudah agak uzur kerana sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan Negara.

3) BBJ biasanya digunakan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan Kenamaan lain yang layak. PM hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu beliau gunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara.

4) Daripada 5 jet yang Kerajaan Malaysia ada, hanya 2 yang masih molek dan berfungsi dengan baik.

Saya rasa Rafizi patut tumpu jawab kepada rakyat macamana demonstrasi Kita Lawan masih diteruskan untuk menafikan Anwar seorang peliwat sedangkan :-

1) Kedua-dua Ketua Peguambela Anwar, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram, telahpun mengaku dalam prosiding mahkamah bahawa Anwar memang telah meliwat Saiful secara "Suka Sama Suka".

2) Peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam Prosiding Mahkamah mengakui bahawa Sperma yang dijumpai 4cm dalam rectum Saiful adalah milik Anwar. Cuma dia kata ianya dimasukkan dalam rectum Saiful menggunakan objek plastik. Cuba Rafizi jawab, si Luncai mana yang sedut sperma tu dan meniup sperma tersebut ke dalam rectum Saiful itu? Silap sedut mau tertelan. Kalaupun ada org yang sanggup buat kerja yang menjijikkan itu, macamana kita nak dapat sperma Anwar tanpa kerjasama Anwar? Mungkin Rafizi ada jawapannya.

3) Anwar telah menamakan 13 orang saksi sebagai Alibi kerana beliau tidak tahu bahawa CCTV merakam beliau dan Saiful memasuki kondominium tersebut. Cuba Rafizi jawab kenapa seorangpun tak dipanggil oleh peguambela Anwar sebagai saksi?

4) Bila dituduh memfitnah Anwar, Saiful telah melafazkan sumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar. Cuba Rafizi jawab, hingga kini kenapa Anwar tak berani bersumpah malah tak berani masuk kandang saksi?

Sebenarnya Anwar ada peluang untuk membersihkan dirinya jika dia benar-benar tidak bersalah.

Mudah sahaja, serahkan DNA beliau secara sukarela. Jika beliau tidak meliwat Saiful, pasti DNA beliau berbeza dengan DNA Lelaki Y.

Tapi malangnya kata-kata Anwar bahawa beliau akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir hanyalah retorik.

Hendak serahkan setitis darahpun dia tak mampu, apatah lagi nak berjuang sampai ke titisan darah terakhir.

Saya yakin rakyat bukan bodoh, rakyat dah lama tahu kenapa Anwar tak berani serah. Rakyat juga tahu yang mana satu pejuang dan yang mana satu petualang.
 
AZALINA BALUN NURUL IZZAH KAW KAW DI DEWAN RAKYAT

Suasana sesi perbahasan di Dewan Rakyat yang baharu masuk hari ketiga semalam, kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara kerajaan dan pembangkang berhubung kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim.

Situasi itu menjadi panas apabila Datuk Seri Azalina Othman (BN-Pengerang) bangkit untuk membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau menyentuh soal tindakan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang didakwa menyampaikan hujah berkaitan ayahnya semalam.

"Saya kesian dengan beliau. Ya lah, mana ada anak nak mengaku bapanya buat jenayah," katanya.

Melalui hujahnya, Azalina meminta barisan pembangkang menerima dan menghormati keputusan mahkamah yang telah memutuskan Anwar bersalah.

Nurul Izzah kemudian bangkit cuba mempertahankan hujahnya namun beberapa kali dihalang Azalina yang menyifatkan ruang perbahasan itu adalah ruangnya.

Sementara itu, mengulas mengenai himpunan #KitaLawan yang dianjurkan pembangkang, Azalina membangkitkan persoalan tentang pemilihan lokasi himpunan tersebut di Kuala Lumpur.

"PR menguasai tiga negeri, buatlah di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Tapi  tidak dibuat di sana.

"Kalau betullah institusi kehakiman Malaysia ini institusi yang dibelenggu oleh syaitan, jangan jadi peguam. Letak jawatan, jadi pendakwaraya yang berpendidikan... apabila menang hakim 'best' kalau kalah hakim tak 'best'," katanya.

Sepanjang sesi perbahasannya itu, Azalina terus dicelah oleh wakil-wakil pembangkang termasuk Nurul Izzah dan wakil Shah Alam, Khalid Samad.

PERMOHONAN ANWAR IBRAHIM KE PARLIMEN DITOLAK

Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini telah menerima salinan surat daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang menolak permohonan Nurul Izzah dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung permohonan mereka untuk membolehkan Anwar Ibrahim menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac nanti.

Menurut sumber, surat itu telah diterima pada Rabu dan secara ringkas menolak permohonan itu dan salinan telah diberikan kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk tindakan lanjut dan pengetahuan pihak-pihak berkenaan.

Ia berikutan Anwar kini tertakluk kepada akta, peraturan dan prosedur Penjara Malaysia seperti mana banduan lain yang kini menjalani hukuman penjara.

Yang DiPertua Dewan Rakyat mungkin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan sedikit masa lagi namun belum dapat disahkan lagi bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

Selasa lepas dalam satu kenyataan daripada pihak Penjara Malaysia menyatakan layanan serta kemudahan terhadap semua banduan termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan penjara dan prosedur penjara, tiada sebarang keistimewaan.

“Keputusan, tindakan serta langkah yang diambil oleh Jabatan Penjara itu adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan.

“Sebarang layanan istimewa daripada kakitangan penjara akan diambil tindakan,” kata Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam satu kenyataan.

Pada 24 Februari lalu, keluarga Ketua Pembangkang telah menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan di Istana Negara sekitar jam 4 petang.

Ia berikutan Anwar dihukum penjara 5 tahun atas sabitan kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan 7 tahun lalu.

Sehingga kini belum ada tarikh ditetapkan Istana Negara untuk mendengar petisyen itu.

AZMIN ALI PUJI DAN SOKONG KEPIMPINAN ADENAN SATEM

Ramai di kalangan rakyat Sarawak marah dengan tindakan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem menerima kunjungan Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di pejabatnya pagi tadi.

Bagi penyokong PKR, mereka melihat kunjungan itu sebagai suatu yang berjaya apabila akhirnya kepimpinan PKR Pusat dapat bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak, suatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dalam pertemuan itu, Azmin Ali telah memuji kepimpinan Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak dengan pendekatan yang diambilnya.

Di samping itu, Timbalan Presiden PKR itu menyifatkan pendekatan keterbukaan Adenan Satem dalam pentadbirannya banyak menyusahkan PKR yang selama ini berjuang isu-isu rakyat.

Pendek kata segala isu yang dibangkitkan PKR dan Pakatan Pembangkang selama ini khususnya di Sarawak telah dan sedang ditangani dengan baik oleh Adenan Satem dan BN Sarawak.

Akhirnya, Azmin Ali secara terbuka menyokong tindakan Adenan Satem yang mana pemerintahannya kini telah diterima rakyat.

Ini sesuatu yang menyebabkan PKR dan Pakatan Pembangkang terpaksa memikirkan strategi baharu bagi mendapatkan sokongan rakyat kerana sekarang ini rakyat mula menyenangi dan menerima pemerintahan Adenan Satem.

Lihat saja mana-mana program atau acara yang dihadiri Adenan Satem, ramai yang hadir dan ingin mendengar apakah kata-kata dan ucapannya hingga menyebabkan pembangkang kini mula terasa impak yang dibawa Ketua Menteri Sarawak itu.

Justeru, sudah tiba masanya penyokong pembangkang dan PKR kembali dan beralih menyokong kepimpinan Adenan Satem seperti mana yang diperkatakan Azmin Ali bahawa beliau menerima cara baik dan menyokong pendekatan Adenan Satem.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger